Chegu Bard nak dedah kontrak Deig lepas PRN Sarawak

Bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin akan membuat pendedahan lagi mengenai salah laku kerajaan negeri Selangor selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Beliau yang digantung dari PKR kerana mengkritik Datuk Seri Azmin Ali berkata pendedahan kali ini mengenai tanah lebih 500 hektar dan bekepentingan pemimpin politik yang rapat dengan Menteri Besar Selangor itu.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) baru sahaja selesai meneliti dan membuat pengesahan dokumen dan fakta berkenaan salah laku terbaru Kerajaan Selangor,"katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Badrul Hisham yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard, selain itu sudah ada di tangan sekeping kontrak bertarikh November 2015 melibatkan Darul Ehsan Investment Group (Deig) yang mengandungi jumlah menjolok mata dan kenaikan yang amat tidak munasabah jika dibezakan ketika dibawah Menteri Besar BN dan Menteri Besar PKR sebelum ini.

"Setelah berbincang panjang dengan 'Majlis Adik Beradik Tua' Samm, maka kita membuat keputusan untuk hanya membuat pendedahan lengkap selepas PRN Sarawak kerana tidak mahu pendedahan yang dilakukan disalahguna Barisan Nasional."

Badrul Hisham menambah, Samm juga telah membuat keputusan akan memulakan usaha membukukan semua pendedahan berkaitan Azmin dengan tajuk "Wajah Sebenar Azmin Ali".

Katanya, pilihan raya umum akan berlangsung dalam setahun lebih lagi, masih ada masa untuk PKR atau Pakatan Harapan membuat pembetulan di Selangor sebelum dihukum oleh rakyat.

"Ya, kita melawan Umno-BN tanpa kompromi tetapi itu bukan lesen apabila ada sedikit kuasa, kita nikmati sokongan rakyat dengan membuat perangai ala Umno BN juga, "tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana