Ahmad Razif akan buat kenyataan selepas PM menghadap Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ahmad Razif akan memberi kenyataan bersabit kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadap Sultan Terengganu.

Ujarnya, beliau apa menerima apa jua keputusan yang dibuat perdana menteri, sama ada mengekalkan beliau sebagai menteri besar atau menggantikannya dengan calon lain.

“Saya enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada perdana menteri untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita seusai mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Perdana menteri dikatakan bakal menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima pihak media, Najib dijangka tiba di Istana Terengganu kira-kira jam 2.45 petang ini, sebelum ke Sarawak.

Sementara itu, dua EXCO yang ditemui pemberita memaklumkan bahawa Ahmad Razif dalam mesyuarat MMKN tadi meminta para EXCO supaya menjalankan tugas masing-masing seperti sediakala.

EXCO Kesihatan, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata Kerajaan Negeri akan beroperasi seperti biasa supaya isu ini tidak menjejaskan rakyat, manakala EXCO Pelancongan, Datuk Mohd Jidin Shafee menambah Ahmad Razif akan memikul tanggungjawab penuh bersabit apa yang berlaku antara beliau dan Istana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana