VIDEO....NAMPAK SANGAT NAK PUSING...FENG SHUI PULAK JADI MODAL DAP PERTAHAN BANGLO MURAH LGE


Dalam usaha menyelamatkan anak bos besarnya, ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyalahkan faktor ‘feng shui tidak baik’ punca ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon menjual tanah dan banglo tersebut pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Teresa dalam ucapan pada perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam Ahad turut mendakwa bahawa ahli perniagaan wanita itu menjual di bawah harga pasaran kerana beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah rakan baik.

 “Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.

 “Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya mendakwa bahawa episod pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat mengenai skandal itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

Masalahnya, beliau terlupa pula untuk memberitahu rakyat bahawa jika ‘feng shui tidak baik’ seperti didakwa sekarang tentunya Phang Li Koon tidak akan membeli banglo itu. Atau mungkin Phang Li Koon berbeza dari masyarakat Cina lain yang tidak menggunakan khidmat pakar ‘feng shui’ sewaktu berbelanja jutaan ringgit untuk membeli rumah itu.

 Atau mungkin juga, Phang Li Koon sebelum ini telah ditipu peramal ‘feng shui’ dengan mengatakan banglo itu 8,8,8. Lalu timbul pula persoalan apakah mungkin tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Manggis pun ‘feng shui tidak baik’ sehingga memaksa kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa menjual dan menukar statusnya.

 Atau apakah mungkin, demi untuk mengubah status ‘feng shui tidak baik’ itu maka tanah PPRT Taman Manggis itu terpaksa dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat yang ada kaitan dengan syarikat yang Phang Li Koon ada kepentingan di dalamnya.

 Maaf cakap la, mudah sungguh ahli-ahli parlimen DAP beri alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Berhentilah menipu rakyat, bukan semua rakyat tidak tahu dan mahu berfikir. bnbbc

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana