Terbaik Lah....BN yakin rampas Parlimen Sepang dan DUN Tanjung Sepat, Sungai Pelet

Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Sepang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen berkenaan, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek yang kini dikuasai pembangkang.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keyakinan itu berdasarkan kerjasama dan semangat kesepaduan yang ditunjukkan MIC Sepang dengan parti komponen BN yang lain.

Beliau berkata penyatuan erat bagi mencapai kemenangan di kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dapat memberi pengiktirafan sekali gus menonjolkan keistimewaan BN dalam mentadbir negara secara sama rata dan adil.

"Perkara (kemenangan) tidak hanya boleh dicapai oleh satu parti, ia memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua parti komponen untuk menjayakan misi ini.

"Oleh itu, semua pihak perlu mengambil kira keperluan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Inilah peranan seorang pemimpin dalam iklim politik hari ini," katanya ketika berucap pada Pesta Perpaduan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di Dengkil, malam ini.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan menegaskan dengan pendekatan BN untuk bergerak sebagai sebuah keluarga yang utuh, sudah pastinya tiada kumpulan lain yang mampu menggugat BN pada PRU akan datang.

Selain Tanjong Sepat dan Sungai Pelek, Parlimen Sepang mempunyai sebuah lagi kerusi DUN iaitu Dengkil, yang kini dikuasai BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana