Tengku Razaleigh jawab tuduhan Dr Mahathir…

Tengku Razaleigh Hamzah yang tandatangan Deklarasi Kelantan sokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu telah menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak konsisten dalam pendiriannya.

Bekas Perdana Menteri itu Sabtu lalu dakwa bekas Menteri Kewangan itu sudah pusing dari pendirian asal asalnya mahu Najib letak jawatan.

Dalam satu kenyataan Isnin,beliau berkata,” Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan.

“Inilah intipati perjuangan saya di peringkat kebangsaan serta dalam UMNO sejak tahun 1987. Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka.”

Apapun beliau menegaskan apa jua perubahan yang hendaklah dibuat mesti dilakukan dalam konteks undang-undang,perlembagaan persekutuan dan parti.

Ada pemerhati yang menilai kata-kata mengambarkan beliau tidak setuju cara Dr Mahathir membuat Deklarasi Rakyat dan bergabung tenaga dengan puak pembangkang untuk jatuhkan Perdana Menteri.

Malah ketika wartawan minta beliau ulas pasal Deklarasi Rakyat beliau ringkas kata," "Saya tidak pergi, saya tidak menyokong dan saya tidak tahu mengenai perkara itu."

Untuk rekod,Tengku Razaleigh pernah sebelum ini dipetik media sebagai berkata tidak menjadi kesalahan dalam amalan demokrasi Ahli Parlimen mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat ‘ jika mereka ada angka yang diperlukan.’

Namun usaha pembangkang misalnya untuk buat undi tidak percaya dengan tidak menyokong  Bajet 2016 gagal.

Malah tiada Ahli Parlimen BN yang sertai pembangkang dalam usaha itu.

Maksudnya usaha politik cara ikut lunas perlembagaan dan undang-undang sudah gagal.

Sebaliknya Dr Mahathir sudah dakwa Tengku Razaleigh khianati beliau dan tidak konsisten setelah mencadangkan perkara itu,kini pula sudah sokong Najib.

Ahli Parlimen Gua Musang itu Khamis lalu bersama para pemimpin UMNO Kelantan tandatangani Deklarasi Kelantan dalam pertemuan dengan Perdana menteri di bangunan Parlimen.

Kata Tengku Razaleigh dalam kenyataan itu, “Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

“ Bagi maksud ini dan sebagai pengamal politik, saya bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak parti. Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana