Penganalisis: Guan Eng kena hukum karma?

SHAH ALAM: Masalah pembelian banglo dua tingkat di bawah harga pasaran yang kini menghimpit Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mungkin boleh disifatkan sebagai ‘hukum karma’.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar berkata, tindakan Guan Eng lantang mengkritik pemimpin lain dengan tuduhan rasuah serta tidak telus mungkin terpalit ke dirinya sendiri.

"Kes Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang terlalu banyak bercakap dan komen tentang orang jadi akhirnya terkena pada dirinya yang pada mana tidak telus, mengkritik kerajaan jadi sekarang orang pulak mengkritik dia," ujar Abdul Latiff kepada Antarapos.

Profesor Media dan Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu turut menggesa Ahli Parlimen Bagan itu agar tidak terus berdolak dalih mengenai dakwaan itu dan tampil memberikan penjelasan kepada pihak berwajib.

"Janganlah nak berdalih, kalau ada kes mahkamah dia kena ambil pendekatan bercuti. Itu yang seharusnya dibuat.

Isu pembelian banglo itu mula menarik perhatian selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, meminta SPRM menyiasat transaksi kerana bangunan itu dibeli di bawah harga pasaran.

Shabudin mendakwa, Guan Eng membeli banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown dengan harga RM2.8 juta berbanding harga semasa sekitar RM6 juta hingga RM6.5 juta.

"Kalau didapati dia bersalah, masa depan politik dia mungkin pudar, nanti pembangkang akan berkata kes ini melibatkan politik, macam kes Anwar Ibrahim. Dari segi penghakiman, kita kena akur dan patuh.

"Saya rasa kalau dia didapati tidak bersalah, karier politik dia tidak akan terjejas," tambah Abdul Latiff.

Abdul Latiff turut menasihatkan kepimpinan DAP agar tidak terus mendiamkan diri mengenai tindakan tidak bermoral pemimpim utama parti itu yang pernah komited dan tegas dalam melaksanakan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang dicanang-canang Guan Eng.

"Di kalangan (pemimpin) DAP mungkin kena fikir banyak kali tindakan (Guan Eng) yang banyak kali menuntut ketelusan dan kebenaran, tapi ada juga berlaku (pada dirinya sendiri)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana