Pemuda UMNO sifatkan Kongres Rakyat kempen jijik

Merujuk kepada himpunan `Kongres Rakyat' yang dihadiri Tun Dr. Mahathir, para pemimpin pembangkang serta beberapa bekas pemimpin UMNO yang kecewa semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yakin bahawa kempen jijik tersebut hanya bersifat sementara dan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada rakyat.

Berdasarkan kepada ucapan mereka semalam, PPUM melihat gerakan tersebut tidak lebih daripada sebuah pakatan yang kini `retak menanti belah' dan hanya menunggu masa untuk runtuh.
Setelah diamati, para pemimpin yang hadir semalam sudah mula melupakan janji dan prinsip perjuangan masing-masing hanya untuk mencapai tujuan politik peribadi serta dibuat atas prinsip matlamat menghalalkan cara.

Kebanyakan yang hadir pada perhimpunan tersebut terdiri daripada individu yang sememangnya sudah menyokong pembangkang dan pada masa yang sama membenci kerajaan sedia ada.

Modus operandi mereka untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah bertentangan dengan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi pegangan kita selama ini. Tindakan sebegini akan hanya membawa Malaysia ke lembah anarki dan dipandang hina oleh komuniti antarabangsa.

Para pemimpin yang hadir semalam juga memaparkan sisi jelik mereka, apabila hanya berminat untuk menggunakan emosi dan dendam peribadi Tun Mahathir untuk menyemarakkan kebencian terhadap Datuk Seri Mohd Najib.

PPUM ingin menegaskan bahawa kami menyokong penuh dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib yang telah dilantik melalui pemilihan parti dan mendapat mandat rakyat melalui proses pilihan raya demokrasi berparlimen.

Sebarang agenda peribadi pemimpin yang kecewa tidak harus menjadi penghalang kepada keamanan dan kemajuan negara bangsa.-28/3/2016

PENULIS MERUPAKAN NAIB KETUA PERGERAKANPEMUDA UMNO MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana