Malam Muafakat Rakyat...Rafizi ‘bikin malu’ Dr Mahathir

Memang mengejutkan…kalau ikut gempak penganjur sepatutnya puluhan ribu yang hadir di malam Muafakat Rakyat Selamatkan Malaysia anjuran Pakatan Amanah di Padang MPAJ,Pandan dekat Kuala Lumpur Isnin malam yang menampilkan penceramah utama,Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya inilah jumlah orangramai hadir di majlis itu yang merupakan majlis pelancaran siri roadshow pembangkang berganding dengan bekas Perdana itu dalam usaha tarik sokongan  seluruh negara jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis itu juga dijadikan pentas untuk memekak desak bebaskan Datuk Seri Amwar Ibrahim.

Gambar diatas diambil dari sebuah bangunan tinggi dekat padang berkenaan semasa kemuncak majlis bila mana Dr Mahathir sedang berucap.

Kira punya kira…paling ramai pun sekitar 1,000 orang yang ada di padang itu.

Sedangkan ikut anggaran jika orangramai berdiri dalam dan sekitarnya senang-senang boleh isi lebih 10,000 orang.

Selain Dr Mahathir, seperti biasa bos-bos pembangkang termasuk Lim Kit Siang,Mat Sabu,Datuk Zaid Ibrahim,Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Datuk Husam Musa turut beri ceramah.

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Muhkriz Mahathir yang sebelumnya turut diheboh akan hadir…tidak hadir.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan Datuk Seri Azmin Ali tidak hadir kerana dikatakan hadir majlis makam malam Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

Apapun dari awal hingga akhir majlis itu nyata agak lesu sekali walaupun cuba dihangatkan dengan jeritan ‘ reformasi’ oleh sebilangan budak-budak Pakatan di situ.

Dr Mahathir berucap sekitar 40 minit ulang cerita dan dakwaan lama beliau terhadap Perdana Menteri.

Pelik juga melihat suasana majlis yang ‘tak menjadi’ itu.

Jangan lupa Pandan ialah kawasan Parlimen Setiausaha Agung PKR,Rafizi Ramli.

Kawasan sekitar Pandan juga kubu kuat PKR dan pembangkang yakni Ampang dan Gombak yang padat penduduk.

Di tiga kawasan itu saja ada puluhan kawasan perumahan dan rumah-rumah pangsa.

Ikut ceritanya kalau orangramai di tiga kawasan itu saja turun sudah tentu padang MPAJ akan banjir melimpah ruah dengan orang.

Cuaca pula Isnin malam cantik sekali.

Sebelum ini Rafizi selaku ‘ penghulu’ kawasan bukan main promote lagi majlis itu.

Penganjur juga sakan ‘ jual’ nama Dr Mahathir di sana sini untuk menarik kehadiran orangramai datang ke situ.

Ramai yang tertanya-tanya apa jadi Rafizi?

Ini boleh bikin malu Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana