Khianati UMNO Atas Nama Selamatkan Malaysia

Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin kini dibawah telunjuk puak pembangkang apabila hadir menyertai Kongres Rakyat yang dianjurkan Zahid Ibrahim dan dibelakangi oleh parti pembangkang.

Walaupun mereka ini sering melaungkan bahawa mereka masih berdarah UMNO tetapi tindak dan tanduk mereka tidak menghormati perjuangan UMNO yang sebenarnya, mereka lebih kepada perjuangan peribadi dan darah mereka bukanlah setulin mana tetapi darah mereka adalah darah bercampor-campor.

Mereka sepatutnya malu untuk mendakwa bahawa mereka adalah pejuang tulin UMNO bila sanggup menghina Presiden yang menaungi parti UMNO itu sendiri dihadapan pemimpin pembangkang yang kita jelas mereka ini tidak pernah senang dengan UMNO sejak sekian lama.

Mereka juga patut malu apabila menyertai kumpulan ‘Selamatkan Malaysia’ yang mendakwa hanya mahu menggantikan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan mendakwa bahawa Najib akan diganti dengan Perdana Menteri yang tetapi tetap dari UMNO.

Sedangkan mereka sendiri gagal menamakan siapakah pengganti tersebut, mungkin Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin masing masing malu buat masa ini untuk mengaku bahawa orang yang sedang dibela untuk menjadi pengganti Najib adalah Mukhriz sendiri kerana ianya adalah agenda Mahathir dan tindakan mereka yang berlatarkan ‘Selamatkan Malaysia’ agar tindakkan mereka untuk menipu rakyat tidak dapat dikesan.

Tetapi perlu dimaklumkan bahwa rakyat kini bukan sebodoh lembu yang dicucuk hidung, rakyat kini bijak untuk menilai apa tindak tanduk dan gerakan mereka, tujuan mereka juga telah dapat dirasakan bukan sahaja Ahli UMNO tetapi rakyat kebanyakkan turut jelas tujuan mereka.

Berpakaian UMNO didalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin pembangkang dengan selogan ‘Selamatkan Malaysia’ kemudiannya menghina pemimpin UMNO adakah ianya mencerminkan kejujuran seorang pejuang berdarah UMNO.

Ketahuilah semakin banyak Muhyiddin dan Mukhriz bertindak membelakangi UMNO maka hakikatnya mereka berdua sudah semakin hilang sokongan dan hormat dari akar umbi UMNO sendiri, Mahathir sendiri hanya akan menjadi tugu peringatan sebagai sebuah legasi yang gagal.

Tanpa mereka sedari mereka telah memberi nyawa dan menghidupkan semula musuh mereka yang telah mati dan yang hampir mati serta sudah berada dipenghujung jalan, kehadiran mereka didalam kongres tersebut benar benar telah memberi nafas baru kepada musuh UMNO, adakah ini boleh dipanggil pejuang atau pengkhianat kepada UMNO.

Hanya masa yang akan menentukan darah mereka benar-benar darah UMNO atau darah celup yang mendapat untung dari UMNO, mengkhianati UMNO atas nama perjuangan Selamatkan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana