Kenapa Keluar DAP!!!!! ADUN DAP Duyong Melaka diisytiharkan ADUN Bebas

Sudah tak dapat sorok kemelut dalaman DAP di Melaka.
Ini selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu ADUN DAP Duyong, Goh Leong San (gambar) kini merupakan Adun Bebas.

Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri hari Isnin.

Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi menyokong Lim.

Peletakan jawatan Goh Leong San meletak jawatan ketua DAP Melaka pada Oktober tahun lepas selepas desas-desus kemelut pertelagahan kepimpinan DAP negeri dan pusat.

Keretakan hubungan mereka dilihat apabila timbul perselisihan faham dalam memilih calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang dikosongkan Betty Chew, isteri Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pimpinan DAP pusat cenderung memilih Lai Keun Ban, calon yang dilihat penyokong setia Lim, hingga menimbulkan rasa kurang senang antaranya anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana.

Beliau dalam masa yang sama mempertahan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.

Sim akhirnya tunduk atas desakan Lim untuk menarik diri sebagai calon bebas, namun menarik perhatian Goh pada masa itu yang dikatakan menyokong Sim, dan turut kurang senang dengan pencalonan Lai, yang akhirnya memenangi kerusi itu.

Desas desus itu terbukti benar apabila Goh kini mengisytihar perang terhadap Lai dan Khoo Poay Tiong dari Ayer Keroh yang juga penyokong setia Lim.

Isu yang menjadi pencetus perbalahan itu ialah pujian Goh kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mendapat kritikan hebat Khoo dan Lai, serta turut menimbulkan perasaan kurang senang Lim.

Ekoran itu Goh meletak jawatan atas alasan “terlalu banyak campurtangan DAP pusat”.

Bukan sekadar meletak jawatan, Goh terus berperang dengan Khoo dan Lai antaranya dengan ugutan untuk membongkar salah laku dua Adun itu, namun dibalas Khoo yang langsung tidak gentar dengan ugutan, malah mencabar Goh membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

Agak sukar untuk mendalami secara terperinci isu yang dibangkitkan dalam pertelagahan tiga Adun DAP itu kerana mereka hanya membenarkan media berbahasa Cina menghadiri sidang media di Melaka yang diadakan bagi menyerang antara satu sama lain. Itulah kebebasan media yang diamalkan mereka.

Pertelagahan DAP Melaka dan pusat itu turut menyebabkan Adun Melaka dari DAP berpecah dua, iaitu yang menyokong Goh terdiri daripada Timbalan Pengerusi DAP Melaka Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Chin Choong Seong (Kesidang), manakala yang menyokong Lim ialah Khoo dan Lai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana