Kakitangan PETRONAS Mencaci Dan Maki Hamun Di Facebook

Kecoh di laman sosial Facebook apabila ramai pengguna berkongsi status seorang lelaki dikatakan bertugas dengan syarikat milik kerajaan, Petronas yang sarat dengan maki hamun dan cacian terhadap pemimpin negara.

Menggunakan nama Jalil Ismail, lelaki dipercayai sudah berumahtangga itu kerap memuatnaik cacian dan maki hamun melalui akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, sejak status biadapnya mula viral sejak pagi tadi, lelaki itu segera memadam akaun Facebook sebelum diikuti isterinya.

Lelaki ini dipercayai bertugas di pelantar Petronas di Miri, Sarawak berdasarkan status dimuatnaik di akaunnya.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Abdul Kadir yang turut membidas tindakan lelaki itu berkata ia tidak seharusnya berlaku dan meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Itu.

"Berbeza pendapat itu boleh tetapi bukan dengan bahasa maki hamun dan nak takeover (ambil alih) kerja Tuhan," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Nizar Hashim pula berkata ia satu tindakan memalukan mengambil kira kakitangan Petronas terdiri daripada mereka yang memiliki pendidikan tinggi.

"Agak memalukan juga mentaliti dan sikap seorang pekerja Petronas yang kebiasaannya belajar tinggi dan elit. Ke ini pekerja stesen minyak?" soalnya sinis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana