Ini Azmin Punya Pukulan Lah....PKR tak boleh buat keputusan mengenai kerjasama PH dengan blok ketiga pembangkang

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN) Anuar Tahir berkata PKR tidak boleh memutuskan secara bersendirian bersabit kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) bersama blok ketiga pembangkang (PAS-IKATAN).

Katanya, apa juga keputusan besar melibatkan PH harus dibincangkan di peringkat kepimpinan ketiga-tiga parti bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidak persetujuan di kalangan pucuk pimpinan parti.

"Sebarang keputusan atau pendirian besar kita tidak akan buat bersendirian, kita akan pastikan bahawa mestilah diputuskan bersama dalam ketiga-tiga parti yang bergabung dalam PH yakni PKR dan DAP (dan PAN).

"Sebarang pandangan kita mestilah pandangan bersama, mencerminkan semangat PH," katanya kepada Antarapos.

Anuar berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali semalam.

Azmin semalam berkata PH sedia untuk bekerjasama dengan blok ketiga pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Langkah itu kata Azmin adalah bersandarkan kepada blok itu masih mempunyai agenda yang sama iaitu untuk menawan Putrajaya.

"Tidak molek untuk saya membuat kenyataan atas nama satu parti sahaja. Kalau hal besar seperti ini mestilah diputuskan bersama," bidas Anuar kepada Azmin.

Kerjasama antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) nyata mengejutkan kepimpinan PH apabila ada pihak yang tidak senang dengan kerjasama itu khususnya DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan PH tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok ketiga itu dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Guan Eng berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata kerjasama blok ketiga itu tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada PKR atau PH.

Jelasnya, kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk membawa perubahan kepada landskap politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana