Husam dakwa Deklarasi Kelantan memalukan

SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa Deklarasi Kelantan yang dilancarkan dua hari lalu untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai memalukan.

Dakwa ADUN Salor itu, deklarasi yang ditandatangani kesemua 14 Ketua Umno Bahagian Kelantan itu kononnya tidak mempunyai kredibiliti apatah lagi Najib terpalit dengan kontroversi pentadbiran negara.

"Nampaknya Deklarasi Rakyat mendapat pengiktirafan apabila ada pula Deklarasi Kelantan untuk menyokong beliau (Najib).

"Saya malu dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya tebus malu itu dan berdiri di sini," katanya di hadapan hadirin Deklarasi Rakyat 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang ini.

Jumaat lalu kesemua 14 ketua Umno Bahagian Kelantan berikrar memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.

Kira-kira 10,000 rakyat Kelantan pada Sabtu lepas berhimpun di perkarangan Bangunan Umno Kota Bharu bagi menyatakan sokongan kepada Najib selaku Presiden Umno dan menolak Deklarasi Mahathir yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, penganjur Kongres Rakyat 2016, Datuk Zaid Ibrahim memberi amaran bukan sahaja Najib tetapi mana-mana pemimpin yang cuba melindungi kontroversi membabitkan negara akan menjadi sasaran gerakan itu.

"Marilah kita berdepan dengan rakyat di kampung yang bimbang dengan perubahan dan keliru dengan matlamat kumpulan pemimpin yang baru. Jelaskan bagaimana salah guna kuasa dan rasuah menyebabkan rakyat masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Malaysia kini ditadbir secara rahsia. Itu pun masih tak cukup pada mereka. Peguam Negara juga mahukan rakyat yang membocorkan rahsia negara dipenjara seumur hidup.

"Saya ingatkan apa-apa rahsia rasmi negara tak sama dengan rahsia penyangak negara. Jangan salah perkiraan. Penyangak dan kunco-kunconya akan dipenjarakan dan kalau boleh seumur hidup," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana