Adun PKR Disiasat Berhubung Kenyataan Papan Tanda #BebasAnwar

BUKIT MERTAJAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Khai Loon dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Tengah di Bandar Perda di sini.

Difahamkan, Adun Machang Bubok itu disiasat berhubung kenyataan yang didakwa dilakukannya pada minggu lalu.

"Saya percaya ia disebabkan kenyataan saya yang mengutuk polis kerana menanggalkan tiga papan tanda #BebasAnwar di Selangor pada 22 Mac lalu," kata Khai Loon.

Beliau berkata, terdapat satu laporan polis dibuat terhadapnya berhubung kenyataan itu dengan mendakwa beliau menghasut.

Tambah Khai Loon, beliau menerima surat dari ASP Hassan Mohamad Salih dari bahagian siasatan jenayah, yang meminta beliau supaya hadir ke balai polis pada pukul 10 pagi Selasa.

Menurut Khai Loon, beliau dimaklumkan bahawa polis menjalankan siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana