Zuraidah Meroyammm..... tak percaya 300 ahli Pakatan Harapan sertai MIC

SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menyifatkan laporan mendakwa 300 ahli Pakatan Rakyat Sabak Bernam keluar parti dan menyertai MIC, sebagai gimik politik semata-mata.

Bercakap kepada pemberita, Zuraidah 'hairan' bagaimana wujud kumpulan berkenaan sedangkan kawasan itu didominasi oleh kaum Melayu.

"Ini adalah gimik politik bila ada isu tidak puas hati cakap 300 tapi tidak sebenarnya. Tidak ada kebenarannya, kita tidak ada lihat mereka yang ditunjukkan di hadapan supaya kumpulan mereka ketua ranting ke apa itu gimik sahaja, saya rasa tidak ada yang serius berkenaan itu.

"Sabak Bernam adalah kawasan Melayu. Tidak mungkin ada 300 India seperti yang dikatakan. Kalau ada satu, dua itu normallah," katanya selepas menghadiri program Kempen #HeforShe di Hotel De Palma Shah Alam petang tadi.

Terdahulu seramai 300 ahli Pakatan Harapan keluar parti dan menyertai MIC ekoran kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang didakwa gagal menunaikan janji.

Tindakan itu diketuai Kamal Abdullah, 51, bersama-sama dengan ahli parti dari PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mempedulikan nasib ahli dan kebajikan kaum India.

"Apa yang kami peroleh sepanjang sertai mereka (Pakatan Harapan)?. Hidup kami masih susah, bila minta tolong semuanya tak layan.

"Hari ini kami sepakat sertai MIC kerana kami tahu MIC adalah satu-satunya parti dalam komponen BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu hingga kini menjaga kebajikan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media ‘Jom Sertai BN' di Bangunan Umno Bahagian Sabak Bernam, di sini, malam semalam.

Beliau berkata, kemasukan ahli Pakatan Harapan itu merupakan satu perubahan yang berlaku kepada rakyat di Parlimen Sabak Bernam dan berharap sokongan mereka kepada BN berterusan terutama dalam menghadapi PRU14.

"Saya yakin bahawa sokongan ini (kepada BN) akan memberikan keuntungan kepada kaum India. Di peringkat Parlimen juga misalnya, semua wakil rakyat MIC yang menang dalam pilihan raya lalu dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana