Zahid umum penubuhan Majlis Halal Malaysia... ulas isu 1.5 juta pekerja Bangladesh

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Halal dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM) berkuatkuasa Khamis, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya serentak dengan itu bahagian bahagian hab halal akan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di mana jabatan itu akan memberi tumpuan kepada pensijilan, tadbir urus dan soal-soal berkaitan dengan syariah.

Selain pensijilan halal domestik, JAKIM juga akan melaksanakan pengiktirafan terhadap badan pensijilan luar negara bagi memastikan bahan mentah dan produk import yang dipasarkan di Malaysia diyakini status halalnya.

Manakala Halal Industry Development Corporation (HDC) hanya menumpukan kepada memperkembangkan industri halal dan memperkasakan industri halal di peringkat antarabangsa.

"Badan-badan yang terdapat dalam pelbagai agensi yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan industri halal akan disatukan di bawah MHM," katanya pada sidang media di Putrajaya, Khamis.

Zahid berkata, gabungan peranan antara agensi ini mampu memperkasakan ekosiatem halal dan boleh membawa Malaysia mencapai matlamat sebagai peneraju halal global menjelang 2020.

Katanya lagi, satu akta khusus mengenai MHM akan disediakan oleh JAKIM dan MITI. Pembentangan akta berkenaan di Dewan Rakyat akan dibuat selepas Jabatan Peguam Negara memuktamadkan akta itu yang diderafkan oleh JAKIM dan MITI.

Terdahulu daripada itu Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat Majlis Perundingan Islam yang disertai 87 cendekiawan dan aktivis Islam serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mencari titik persamaan dan mengetepikan titik perbezaan di dalam isu-isu berkaitan Islam.

"Kami telah membentuk tujuh kluster dan mereka akan mengadakan Istiqma bagi berbincang lanjut mengenai apa yang telah dipersetujui," katanya.

Zahid turut mengumumkan hasil perbincangan kabinet pada Rabu lalu mengenai pekerja asing di mana antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai levi dan pengajian Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia.

Turut dibincangkan katanya ialah mengenai Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Bangladesh yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen dan yang telah melepasi tempoh permit kerja.

"NGO dan dewan-dewan perniagaan harus mencari langkah jangkapanjang bagi menentukan rakyat Malaysia diberikan keutamaan dalam memberikan peluang pekerjaan.

"Mereka juga perlu mencari jalan supaya latihan terus diberikan untuk menarik minat rakyat tempatan menceburi sektor yang selama ini dikuasai pekerja asing.

"Sistem automasi juga hendaklah dilakukan untuk sektor tertentu agar kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan," katanya.

Mengulas angka 1.5 juta pekerja asing yang mendapat liputan meluas di media, Zahid menjelaskan bahawa angka itu bukan jumlah warga Bangladesh yang dibawa masuk oleh Kerajaan ke negara ini.

Katanya ia adalah jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.

"Ia adalah permintaan industri, persatuan dan dewan perniagaan. Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya memenuhi kehendak dan permintaan pasaran sahaja.

"Dalam hal ini saya mengalu-alukan perbezaan pendapat oleh dewan perniagaan dan NGO tetapi semua pihak hendaklah bekerjasama dengan Kerajaan agar kebergantungan kepada pekerja asing ini dapat dikurangkan," katanya.

Zahid turut menggesa majikan yang bakal mengambil pekerja asing supaya menyediakan latihan di dalam bidang yang akan diceburi, latihan silang budaya serta latihan perundangan dan tata etika kehidupan di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana