Zahid Hamidi pesan kepada Mukhriz... saya pernah alami hal sama

September 1998, beberapa hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pemuda UMNO ketika itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi terasa bahangnya.
Beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) di Sabah dan selepas dibebaskan tidak lama kemudian, Zahid mengadakan sidang mendia mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda yang mana dipangku oleh naibnya Datuk Hishamuddin Hussein Onn.

Selebihnya orang kata adalah sejarah.

Tapi kurang 18 tahun kemudian, Zahid membuktikan dengan tabah dan istiqamah, beliau kini menjadi orang nombor dua dalam parti.

Moralnya mudah, 'bos sentiasa betul,".

Nasihatnya agar Mukhriz terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah.

"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada tahun 1998. Oleh kerana saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini," katanya.

Bernama melaporkan Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia di China bagi mengulas pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

"Sebagai seorang ahli politik ...kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya," tegasnya.

Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.

"Kita tahu bahawa apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.

"Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita," katanya.

Zahid berkata sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana