Video Mahfuz Kata Pada Siapa Tu...Talam 2 Muka


Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar mungkin merasakan dirinya sudah terlebih besar dari pihak istana apabila secara terbuka mengumumkan pemulauan majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang berlangsung pagi tadi.

Mahfuz berkata tindakannya itu didorong semangat kasihkan negeri dan rakyat Kedah yang dikatakan berduka berikutan peletakan jawatan Mukhriz sebagai MB untuk diganti dengan Ahmad Bashah, nampak jelas alasannya amat kebudak-budakkan dan bersifat kurang ajar.

Andai betul kasihkan negeri dan rakyat, tunjuklah hormat pada istana dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah, baru kena gayanya. Jangan tunjuk lagak besar kepala memulau majlis anjuran istana dengan bertindak biadap dan kurang ajar sebegitu.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah melakukan semua proses yang perlu dalam mengenal pasti pendirian ADUN Kedah berhubung isu jawatan MB mengikut aturan sewajarnya. Bila dah majoriti memihak pada Ahmad Bashah, ikut sajalah. Itu pun payahkah?

Kalau tidak dapat hadir majlis angkat sumpah MB dan ada alasan kukuh memang tak jadi isu tapi bila sudah dengan sengaja mengumumkan pemulauan majlis tersebut, jelas sekali itu bermaksud mahu menghina pihak istana dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Biasanya DAP saja yang berlagak biadap sebegini apabila pernah mengumumkan mahu memulau majlis angkat sumpah MB yang dianjurkan istana sebagaimana ditunjukkan parti itu selepas PRU 13 setelah Sultan Perak perkenan perlantikan Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai MB Perak.

Sekarang kebiadapan DAP dulu dah menjangkiti Mahfuz pula.

Tapi tak sukar untuk kita fahami niat sebenar disebalik tindakan Mahfuz itu lebih menjurus kepada kepentingan politik demi nak menarik perhatian dan sokongan dari penyokong Mukhriz yang sedang berkecamuk emosi mereka sekarang ini.

Demi kepentingan politik sanggup Mahfuz mengetepikan keputusan istana dan dengan secara sedar bekas Naib Presiden PAS yang berjiwa ‘harum manis’ itu tergamak menghina istana dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Ini juga satu penghinaan kepada rakyat Kedah apabila institusi DiRaja negeri itu diperlekehkan sedemikian rupa.

Penulis tidak pasti adakah PAS Kedah dan Pusat merestui tindakan biadap sebegini. Malang dan cukup memalukan bagi PAS sebagai parti yang dikatakan berjiwa Islam tapi mempunya Ahli Parlimen akal sejengkal sebegini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana