TUNTUTAN MUFLIS : MAT SABU MUNGKIN HILANG JAWATAN DALAM PAN

Parti PAN akan mencari jalan menyelesaikan tuntutan muflis yang melibatkan presiden parti itu Mohamad Sabu selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS,Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi tersebut kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnahberhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

“Kita kena cek dulu, kita kena pastikan bagaimana nak selesaikan perkara ini, kalau muflis dia tak boleh pegang jawatan sehingga dia selesaikan masalah ini, kata Penasihat PAN, Ahmad Awang.

“Perkara ini perlukan masa, RM200,000 tu kena cari supaya jalan dapat selesaikan,” katanya kepada media selepas program Kicau Deeni di ibu negara hari ini.

Utusan online melaporkan Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu dilaporkan berkata pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin, untuk mendapatkan ganti rugi itu berserta faedah.

Noor Hazira berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut dan notis kebangkrapan telah pun dihantar kepada Mohamad.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana