Tuah Tahun Monyet: Semoga masyarakat Cina kembali menyokong kerajaan

Selepas lebih dua tahun sejak PRU13 lalu, sudah ramai yang perkatakan mengenai untung rugi masyarakat Cina di negara ini 'menunggang kuda yang salah' ketika PRU lalu.
Rata-rata menyokong pembangkang kerana percaya dengan retorik dan janji palsu mereka hendakkan kuasa.

Selepas setenggah penggal dari tempoh lima tahun berlalu, makin ramai yang sedar, pakatan pembangkang memang tak boleh harap.

Perubahan yang diwar-warkan hanyalah slogan kosong dan kini mereka berpecah sesama sendiri.

Lebih buruk lagi, program dan dasar kebajikan rakyat yang selama ini menjadi agenda kerajaan BN tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana mainan politik pembangkang di negeri yang dikuasai mereka.

Sebab itu, dengan kehadiran Tahun Monyet ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan agar masyarakat Cina di negara ini kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hasrat itu dizahirkan beliau ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di ibu negara hari ini.

"Masalah politik dan ekonomi akan dapat diselesaikan dan saya harap masyarakat Cina akan kembali untuk bersama-sama dengan kerajaan," kata Zahid kepada pemberita.

"Saya berharap pada tahun monyet ia akan menjadi lebih makmur," katanya.

Terdahulu beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini.

Ketibaan Najib, dan Ahmad Zahid, dengan berpakaian warna merah di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib dan Zahid yang meluangkan masa lebih sejam di majlis itu, bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menggaul 'yee sang,' hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Liow pula berkata masyarakat Cina tidak perlu risau tentang apa-apa masalah dalam MCA kerana perkara itu boleh diselesaikan secara dalaman.

"Tidak sepatutnya ada sebarang gerakan untuk memecah-belahkan lagi parti, parti kini telah bersatu, saya pasti perwakilan-perwakilan mahu parti kekal bersatu," katanya.

Menteri Pengangkutan itu berkata selaku presiden MCA, beliau akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan parti kekal bersatu.

"Kami kini menumpukan untuk memantapkan lagi kempen parti dan ia akan melibatkan semua masyarakat Cina di seluruh negara," kata Liow yang lahir pada Tahun Lembu mengikut kalendar Cina.

Dr Subramaniam pula berkata bersempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, perpaduan dalam kalangan rakyat seluruh negara perlu diperkukuhkan lagi untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana