Tony Tan Desak Tony Pua Dan Nie Ching Minta Maaf Hina Dewa Kemakmuran

Kelakuan biadap dua ahli politik dari DAP, Tony Pua dan Teo Nie Ching dalam video mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang mempersendakan watak Dewa Kemakmuran dan golongan Arab telah mendapat tekanan dari bekas ahli kuat DAP supaya mereka memohon maaf.

Ketua Kaum Hal Ehwal Cina Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Tony Tan mahu kedua-dua mereka memohon maaf kepada seluruh masyarakat Cina kerana penerbitan video itu.

Bagi beliau, DAP tidak seharusnya menggunakan modal agama sebagai strategi politik dengan mempersendakan dewa dalam video berkenaan yang dimuatnaik ke laman YouTube.

“Penerbitan video parodi sewaktu rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina sememangnya menghina masyarakat kaum Cina apabila mempersendakan watak God of Prosperity.

“Adakah ini budaya Malaysia yang harus dicontohi? Jadi saya sebagai masyarakat Cina mewakili kaum Cina mendesak kedua-dua pemimpin itu supaya memohon maaf,” katanya dalam sidang media di pejabat PMSP semalam yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Sumber Kat SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana