Tiada Perubahan Barisan Exco Kedah

ALOR SETAR: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dikekalkan walaupun berlaku perubahan pada jawatan menteri besar.

Sumber memberitahu mStar Online, Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahamad Bashah Md Hanipah akan mengekalkan Exco yang ada bagi meneruskan pentadbiran negeri berkenaan.

"Setakat ni menteri besar nak kekal dulu Exco yang dah dilantik, walapun ada yang mendakwa beliau tidak mampu sebelum ini tapi mereka akan dikekalkan.

"Tetapi kalau ia tidak dipersetujui, mungkin rombakan kecil perlu dibuat, untuk memastikan semuanya lancar.

"Exco baru juga akan dilantik sekiranya ada di antara Exco ketika ini meletak jawatan atau sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sumber itu menambah, walaupun Exco tersebut dikekalkan, namun ia tidak beerti tiada rombakan dibuat sehingga pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tindakan untuk mengekalkan Exco ini bersifat sementara dan jika perubahan perlu dibuat ia akan dilaksanakan.

Barisan Nasional (BN) mempunyai 21 wakil rakyat termasuk dua daripadanya adalah wakil MCA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana