Tiada pemimpin PAS hadir beri sokongan himpunan bebas Anwar selepas setahun dipenjara

SUNGAI BULOH: Pemimpin PAS gagal menghadirkan diri bagi memberi sokongan kepada Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi.

Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, pihaknya telah menjemput pimpinan PAS menyertai program tersebut.

"Saya rasa terkilan kerana sepanjang perjalanan program daripada mesyuarat ke mesyuarat walaupun kami jemput tapi pimpinan PAS di semua peringkat tidak ada yang hadir dan kemuncaknya tidak ada seorang pun pada malam ini.

"Sedangkan, program malam ini acara rakyat untuk membebaskan ikon perjuangan rakyat bagi meneruskan agenda reformasi," kata pengerusi tetap PKR Sabak Bernam itu ketika ditemui selepas acara tamat pada 12 malam tadi.

Hanya pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang hadir menyokong himpunan yang dilakukan di depan pintu masuk penjara itu.

Himpunan 365 disertai lebih daripada 1,000 peserta mula berkumpul seawal jam 7 malam semalam berdekatan dengan pintu hadapan penjara Sungai Buloh.

Himpunan ini diadakan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membebaskan Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai tahanan politik.

Antara acara yang diadakan solat hajat, ucapan dari wakil pimpinan parti dan NGO, deklamasi sajak dan gimik pelancaran pembebasan 12 ekor burung.

Program itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamd Sabu dan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.

Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman terhadapnya pada 10 Februari tahun lalu kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Memetik laporan The Malaysian Insider, hanya pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang hadir menyokong himpunan yang dilakukan di depan pintu masuk penjara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana