Talam 2 Muka Lah....Guan Eng tak boleh nafi terbabit dalam pemecatan Khalid Ibrahim - PAP

DAMANSARA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak boleh menafikan terlibat dalam pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika membuat keputusan bersama dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Zulkifli Mohd Noor berkata, Guan Eng adalah pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat yang terbabit secara langsung dalam membuat sebarang keputusan dalam pakatan pembangkang ketika itu.

"Dasar kamu di Selangor dengan dasar kamu di Pulau Pinang adalah sama. Jangan dialihkan 'tiang gol'. Jangan cakap masa dulu Selangor ambil tindakan kita (DAP) tidak masuk campur.

"Bukan ke mereka (Guan Eng) adalah pemimpin Pakatan Rakyat dulu, jadi itu adalah keputusan bersama," katanya ketika sesi wawancara khas bersama Antarapos di sini.

Zulkifli berkata, Guan Eng sekarang cuba memindahkan silapnya dengan mengungkit isu Khalid Ibrahim apabila ditegur oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengenai tindakan mereka terhadap ADUN PKR.

"Jika dia kena serang seperti sekarang dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, apa DAP kena buat? Mereka hendak cari tiang goal.

"DAP hendak pindahkan 'tiang' yang mereka buat salah yang orang tidak bersetuju ini dengan menyatakan di Selangor dulu Khalid Ibrahim juga dikenakan tindakan yang sama.

"Tindakan kamu sama dengan tindakan Selangor yang membuang Khalid Ibrahim. Apa bezanya kamu buang Khalid dengan melucutkan jawatan ADUN PKR di dalam GLC, perkara ini bukan kira siapa yang buang, kita melihat pada dasar Pakatan Rakyta dahulu," ujarnya.

Pertelagahan antara PKR dan DAP tercetus apabila Guan Eng bertindak memecat dua ADUN PKR daripada GLC di Pulau Pinang selepas mereka mengundi menyokong usul Umno untuk menghentikan projek penambakan laut di negeri itu di sidang DUN November lalu.

Tindakan memecat ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng  sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera, dilakukan Guan Eng ekoran hilang kepercayaan terhadap kedua-dua wakil rakyat itu.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menegur tindakan Guan Eng dan mempertahankan tindakan lima ADUN PKR itu sebagai menyuarakan pandangan yang mengambil kira kepentingan rakyat.

Teguran Azmin dibidas oleh Guan Eng yang meminta Menteri Besar Selangor itu tidak 'campur tangan' dalam urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campur tangan dalam urusan negeri diterajui oleh Pakatan.

"Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal-ehwal negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan?

"Mungkin Azmin tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai keadaan sebenar (mengenai isu).

"Setakat ini, tiada penjelasan bagi tindakan mereka. Jika (bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan kerana beliau terus enggan melaksanakan keputusan parti, maka prinsip yang sama terpakai (di Pulau Pinang)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana