Tak Takut Ker Dimarah Oleh Nurul Dan Anak Beranaknya....PKR perlu cari 'model' baru gantikan Anwar - Penganalisis politik

SHAH ALAM: PKR perlu menampilkan pemimpin muda dalam kalangan mereka bagi menggantikan penasihat partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berada dalam penjara.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini jelas apabila Anwar tidak lagi relevan untuk dijadikan modal dalam setiap aktiviti mereka bagi mempengaruhi rakyat.

"Saya nampak Anwar ini pemimpin generasi lama tetapi kalau dia bertanding dalam pilihanraya saya rasa dia menang disebabkan oleh simpati rakyat masih kepada dia lagi kan.

"Kalau hendak harapkan Anwar Ibrahim, saya rasa bukan masa dia, masa dia sudah berlalukan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Beliau dalam pada itu percaya, langkah ini tidak akan memberi masalah kepada PKR yang sebelum ini sering menampilkan muka-muka baru dalam usaha meremajakan parti itu.

"Tetapi dalam konteks parti nasional ini sepatutnya orang baru ditonjolkan untuk memimpin negara.

"Jadi saya rasa itu yang saya nampak sekarang ini dan saya nampak pembangkang ini lebih agresif menampilkan muka-muka muda berbanding Umno-Barisan Nasional masih meletakkan muka-muka lama," katanya.

"Tetapi generasi lama ini tidak tahan lama, kalau bertahan pun dalam satu atau dua penggal lagi, jadi generasi baru akan ambilalih.

"Jadi sekarang ini kita lihat Anwar Ibrahim dia hanya kekal sebagai simbol kepada perjuangan PKR atau pun pembangkang.

"Tetapi kalau dia hendak jadi pemimpin utama pembangkang akan datang susahlah dengan keadaan dia dalam penjara, banyak kekangan dia. Jadi sebab itulah pembangkang perlu mencari seorang yang boleh diterima oleh ramai," katanya.

Beliau mengulas berhubung Perhimpunan 365 Bebas Anwar yang kurang mendapat sambutan dan disertai hanya kira-kira daripada 1,000 peserta.

Perhimpunan tersebut diadakan di pintu hadapan penjara Sungai Buloh baru-baru ini sempena setahun pemenjaraan Anwar.

Malah Azizuddin yang juga penganalisis politik menegaskan bahawa zaman sekarang, rakyat Malaysia lebih memberi fokus kepada isu ekonomi berbanding politik.

Katanya, kerisauan rakyat Malaysia kini lebih tertumpu mahu membaiki ekonomi masing-masing berbanding memberikan tumpuan kepada politik tanahair.

"Sekarang ini perspektif rakyat Malaysia sudah berubah, dan dalam masa sekarang ini, samaada rakyat di bandar atau luar bandar adalah berkait dengan ekonomi, jadi momentum itu akan lebih kepada ekonomi sampai kepada pilihanraya akan datang kecuali ada tercetus momentum lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut percaya keengganan pemimpin PAS untuk turun memberi sokongan kepada Anwar di Perhimpunan 365 Bebas Anwar disebabkan kehadiran PAN yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

"Dia sebenarnya sebab ada Parti Amanah Negara (PAN) saja, kalau tiada Amanah itu mungkin dia (PAS) datang kot, tetapi dia ini tidak boleh duduk semeja dengan kumpulan Amanah ini lagi lah," katanya.

Perhimpunan 365 Bebas Anwar hanya disertai PKR, DAP dan PAN sementara PAS walaupun berada dalam blok pembangkang dilihat tiada seorang pun pemimpinnya hadir bagi menyatakan sokongan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana