Tak perlu karpet merah, hidangan istimewa sambut PM, Menteri...

Di mana boleh... kurangkan karpet merah dan hidangan istimewa hanya untuk sambut Perdana Menteri dan Menteri Kabinet... itu amanat terbaru Datuk Seri Najib Razak dalam blog peribadinya.
Kata beliau, fokus utama setiap kehadirannya merasmikan majlis serta lawatan kerja seluruh negara adalah untuk rakyat dan bukannya protokol.
Perdana Menteri turut mengingatkan Kabinet dan kementerian dalam mesyuarat 6 Januari lalu untuk membelanjakan peruntukan secara berhemah.

"Ini merangkumi perbelanjaan yang digunakan ketika sambutan lawatan kerja serta majlis rasmi bersama saya atau menteri lain.

"Berdasarkan pemerhatian saya menerusi lawatan kerja baru-baru ini, masih ada ruang perbelanjaan yang boleh dikurang atau dielakkan.

"Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol," katanya.

Dalam perkembangan sama, Najib turut berterima kasih untuk semua persiapan menyambut kehadirannya ke majlis rasmi dan lawatan kerja dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini serta faham mengenai protokol yang perlu dipatuhi.

"Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan supaya masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin.

"Saya juga faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya. "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana