Tak apalah... Allah beri rezeki lain - Mia Sara

Pelakon cilik Mia Sara Nasuha akur dan sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas menutup aurat.
Dia juga mendedahkan kurang menerima tawaran berlakon sejak mengambil keputusan untuk bertudung.

Mia Sara yang juga  juri Cilik Ceria Popstar 3, berkata dia faham dengan situasi ini dan percaya kepada rezeki dari Allah SWT.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya.

Dalam pada itu, dia bersyukur jualan jenama tudung miliknya, MS Couture kini mendapat sambutan menggalakkan.

"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," katanya.

Keputusannya untuk bertudung  tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang dilaluinya sebelum ini.

"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.

"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," katanya.

Mia Sara, 11, mengambil keputusan berhijab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Menurut bapanya, Muhammad Ridhuan Muhammah Saleh,  hasrat Mia mahu bertudung pernah meluahkan keinginan sebelum ke Mekah.

"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

"Saya menyokong hasratnya itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih belum akil baligh.

“Niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu,” kata Muhammad Ridhuan.

Tambah bapa Mia lagi, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima dengan hati terbuka.

Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripada bidang seni lakonan.

“Rezeki kita daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana