Sudah Lah Tun....Kenyataan Dr. Mahathir 
bersifat menghasut – Annuar

Tindak-tanduk berterusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mencetuskan persoalan apakah bekas Perdana Menteri itu sedang merancang agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, persoalan itu timbul kerana mustahil Dr. Mahathir tidak menyedari kenya­taan beliau adalah menghasut kecuali tindakan tersebut bertujuan meraih simpati dengan menjadikannya seperti mangsa.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu mungkin memikirkan jika pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya kerana menghasut, orang ramai akan bersimpati dan seterus­nya peluang tersebut diambil untuk menyemarakkan kebencian rakyat.

Tegasnya, jika keadaan itu yang diharapkan oleh Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut tersilap kerana jika ada laporan polis dibuat terhadap kenyataan menghasut tersebut, tindakan tetap akan diambil ke atasnya.

“Saya terkejut apabila membaca kenya­taan Dr. Mahathir di blognya yang sangat jelas bahawa ia me­ngandungi kata-kata menghasut. Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar? Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?

“Boleh jadi juga Dr. Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mahathir dalam tulisanya di blog http://chedet.cc Rabu lalu mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Bekas Perdana Menteri itu juga menuduh Mohamad Apandi tidak mahu Peguam Negara Switzerland tahu sama ada wang di dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri tersebut datang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ataupun tidak.

Dalam pada itu, Annuar berkata, semua tuduhan melulu Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan satu perkara sahaja iaitu mendatangkan kebencian bagi niat membangitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap keadilan dan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri.

“Apa yang pasti, semua tuduhan-tuduhan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Fasal 2 (1) (c) Akta Hasutan 1948. Dr. Mahathir tidak wajar menolak seseorang dari kedudukannya atau mengarahkan orang ramai untuk bertindak ke arah itu,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana