Seorang Panel SPRM-PPO Pro Pembangkang Guna Malaysian Insider Serang Najib

ISU RM2.6bilion masih cuba digunakan oleh pembangkang untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak. Seorang ahli Panel  Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan pro pembangkang dan bercita-cita untuk menjadi calon pakatan harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang cuba mendapatkan sokongan sebulat suara untuk membuka siasatan berhubung derma RM2.6bilion.

Selepas beliau gagal mendapat sokongan sebulat suara SPRM-ORP dalam konspirasi tersebut, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk menggunakan The Malaysian Insider untuk ‘membocorkan’ ‘rahsia’ dengan syarat nama beliau tidak akan disebut atau identitinya didedahkan.

Kenyataan beliau yang mempertikaikan keputusan Peguam Negara untuk menutup kes siasatan ke atas Perdana Menteri sangat mengelirukan. Namun itulah tujuan sebenar beliau, iaitu mengelirukan rakyat untuk mencipta gelombang kebencian terhadap Perdana Menteri kita. Kita perlu tegaskan di sini, wang tersebut jelas merupakan derma dari Arab Saudi. Ia bukannya duit haram dari hasil judi, pelacuran ataupun kongsi gelap.

Walaupun begitu, pembangkang dengan bantuan “orang-orang” mereka di dalam SPRM cuba mengambarkan wang derma dari kerajaan Arab Saudi ini merupakan satu kesalahan besar dan menjijikkan. Perang saraf yang memualkan ini telah disambut pula oleh orang Islam seperti Tun Mahathir dan penyokong beliau sehingga menyebabkan kita turut merasa jijik terhadap Mahathir dan penyokong tegar beliau.

Untuk makluman, sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi dari PPO bahawa mereka mahukan siasatan semula oleh SPRM ke atas Perdana Menteri dalam isu derma RM 2.6 bilion dan sumbangan SRC International. Yang ada hanyalah kenyataan salah seorang ahli panel tersebut, Lim Chee Wee, pada 29 Januari 2016 yang menyatakan Peguam Negara tiada kuasa menutup kes.

BACA : Kenapa Lim Chee Wee Mendesak Untuk Mengaitkan Najib...SINI

Memetik portal Mykmu, Lee Chee Wee adalah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang diketahui umum sangat membenci dan berat sebelah dalam isu-isu membabitkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Kenyataan beliau kepada media pada 29 Januari lepas adalah pandangan peribadi yang bertujuan mempengaruhi pandangan ahli PPO lain.

The Malaysian Insider HANYA MEMETIK SUMBER apabila menerbitkan laporan bahawa “Jawatankuasa ini menggesa siasatan skandal kewangan Perdana Menteri dibuka semula, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan kes itu ditutup bulan lepas.” Ulasan-ulasan mengenai pandangan PPO dalam kes Derma dan SRC International ini ialah berdasarkan sumber bukannya kenyataan rasmi.

Kesimpulannya, keputusan PPO dilihat sebagai permainan politik dan bukannya menjaga integriti pentadbiran negara memandangkan sehingga kini tiada kenyataan rasmi. Tambahan pula PPO dianggotai oleh seorang dua ahli panel yang jelas anti-kerajaan BN sejak dahulu.

Ahli panel itu terdiri dari Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana