Sendiri Mahu Ingat Lah....Zuraidah mahu Adenan jelas sebab dilarang masuk Sarawak

SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin mahu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi alasan munasabah menghalang beliau memasuki negeri itu.

Beliau mendakwa larangan itu 'berkuatkuasa' ke atasnya sejak 2014 dan ia sekali gus menyukarkan Zuraidah melakukan kerja-kerja politik, terutamanya apabila berdepan dengan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi.

"Saya tidak dibenarkan masuk zaman era Taib Mahmood sehingga sekarang. Saya buat surat untuk memberikan kebenaran untuk saya masuk ke sana kerana saya ada banyak isu-isu
Sarawak yang saya mahu bangkitkan untuk perjuangkan rakyat negeri itu.

"Atas dasar itu sepatutnya saya dibenarkan masuk Sarawak apatah lagi saya seorang ahli parlimen. Hak untuk berpolitik pun sepatutnya diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di Program Kempen #HeforShe di Hotel De Palma Shah Alam, petang tadi.

Zuraidah, yang juga Ahli Parlimen Ampang bagaimanapun hairan mengapa beliau 'lepas' memasuki Sarawak sekitar 2014 selepas pilihan raya kecil (PRK) Balingian, namun apabila mahu sekali lagi berbuat demikian, beliau dihalang oleh imigresen negeri itu.

Katanya, sehingga kini beliau sudah tiga kali disekat memasuki Sarawak.

"Untuk bersikap adil mesti ada satu kenyataan rasmi kenapa saya tidak dibenarkan masuk Sarawak? Apa yang saya sudah lakukan, setakat ini tidak ada penjelasan mahupun respon surat saya sebelum ini.

"Saya pun mengharapkan satu jawapan mengatakan mengapa saya tidak dibenarkan masuk di sana, tapi tidak ada," ujarnya lagi.

Selain Zuraidah, turut menerima nasib yang sama adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; setiausaha agung, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Sebelum ini Nurul Izzah menyifatkan Adenan sebagai pengecut apabila tidak membenarkan Zuraidah memasuki Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana