Selepas Pintu Gerbang Selangor RM9.8, kini projek kubah masjid pula RM32.4!

Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hari ini mendedahkan projek mengubah kubah Masjid Negeri Selangor yang menelan belanja RM32.4 juta di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau di dalam blognya hari ini berkata, jumlah terbabit adalah satu jumlah yang besar dan tidak seharusnya diluluskan di dalam Belanjawan Negeri 2016.

“Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.

“Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononya sudah ada penderma? Atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan? Atau Azmin yang menjadi sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno akan mengalihkan isu – mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai insitusi Islam di Selangor,” katanya memetik blog beliau.

Malah Chegubard juga menjelaskan bahawa projek berkenaan sebagai satu pembaziran kewangan memandangkan masih banyak lagi masalah infrastruktur yang gagal diselesaikan Azmin.

Ini termasuk jalan raya yang didakwa berada di dalam keadaan teruk sehingga mampu membayakan pengguna.

“Ia pembaziran, ingat kubah membazir bernilai RM32.4 juta itu bukan ajaran dan keperluan Islam pun. Banyak keperluan lain dalam negeri ini harus diutamakan. Jika benar prihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan oleh Islam maka bayangkan jika nilai wang RM32.4juta itu diberikan kepada institut pendidikan bawah kawalan kerajaan negeri seperti UNISEL maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana.

“Jika bercakap soal infra, tahukah kita berapa banyak jalan rosak di Selangor jika wang ini digunakan untuk membaiki jalanraya betapa kehidupan pengundi akan meningkat malah kemalangan boleh dielakkan,” tambah beliau lagi.

Chegubard mendedahkan perkara berkenaan di laman blognya melalui posting bertarikh semalam.

Malah sebelum ini, beliau juga yang bertanggungjawab mendedahkan projek pengubah suaian ringan (facelift) pintu gerbang Selangor yang dikatakan memakan belanja sehingga RM9.8 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana