Selangor BAKAL DI Rampas PARTI DAP...?

Seperti yang diketahui, DAP kini tidak lagi memerlukan PKR ekoran parti cina racist itu telah mempunyai parti suruhan baharu iaitu PAN untuk meraih undi Melayu di negeri itu. Lagipun DAP tidak memerlukan PKR memandangkan parti itu tidak mengikuti desakan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Pas.

Mungkin ramai yang menyangka hanya orang berbangsa Melayu dan Islam sahaja yang layak dilantik menjadi Menteri Besar memandangkan negeri Selangor mempunyai Sultan yang sudah pasti mahukan calon Melayu dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun begitu, ekoran penggubahan dan penubuhan undang-undang ketika era zaman Mahathir Mohamad telah menyebabkan Sultan tidak mempunyai kuasa penuh, dan terpaksa akur untuk melantik mereka yang bukan berbangsa Melayu sebagai Menteri Besar sekiranya parti bukan Melayu itu memenuhi syarat.

"Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan.

"Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan pelantikan Menteri Besar. Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu, untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada Adun," kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Abdul Bari Aziz.

Walaupun DAP diramal bakal merampas takhta kerajaan PKR Selangor pada PRU akan datang, namun rakyat Selangor masih mempunyai peluang untuk menutup 'impian' DAP dengan tidak mengundi parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya rakyat Selangor mahu mencipta 'sejarah' dengan menjadikan negeri itu sebagai yang pertama melantik orang bukan Melayu dan Islam sebagai Menteri Besar, mereka boleh meneruskan hajat mengundi PH.

Namun begitu, selepas pelantikan Menteri Besar itu dibuat, rakyat Selangor diharap tidak akan menyesali dengan pilihan yang telah dibuat.... Rakyat Selangor khususnya orang Melayu, akan merasai 'kesenangan' hidup dibawah pemerintahan parti cina kiasu seperti yang dialami rakyat Pulau Pinang kini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana