Saya tidak akan pinggirkan Mukhriz – Ahmad Bashah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang akan dilantik menjadi Menteri Besar esok, memberi jaminan beliau tidak akan meminggirkan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mempunyai kebolehan untuk membantu UMNO Kedah.
Ahmad Bashah berkata, Mukhriz mempunyai masa depan yang cerah di dalam politik dan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Mukhriz.
“Saya pernah bekerja dengan Mukhriz semasa saya menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO dulu dan dia (Mukhriz) laksanakan tugas dengan baik.
“Bagi saya apa yang berlaku adalah kehendak kepemimpinan UMNO dan saya percaya Mukhriz akan terus bantu UMNO kerana kedudukannya yang diterima ramai orang,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Tunku di sini hari ini.
Menurut Ahmad Bashah, beliau yakin Mukhriz tidak akan meninggalkan UMNO negeri kerana ADUN Ayer Hitam itu merupakan orang parti.
“Saya tidak bimbang kerana yakin Mukhriz dan penyokongnya sayangkan parti. Orang parti kena ada semangat begitu dan Mukhriz akan membantu kita bersama-sama mempertahankan Barisan Nasional (BN) agar terus berkuasa di negeri ini,” ujarnya.
Tambah Ahmad Bashah, dakwaan bahawa Mukhriz dipaksa untuk meletakkan jawatan juga tidak benar kerana pemimpin UMNO negeri dan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) hanya meminta agar perubahan dibuat selaras dengan kehendak pucuk pimpinan parti.
“Kita bukan paksa dia (Mukhriz), tapi minta supaya dibuat pemilihan atau pertukaran dalam kepemimpinan UMNO.
Itu pandangan dan kehendak semua kepemimpinan UMNO Kedah namun sekarang sudah selesai episod ini,” katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai nasihat Mukhriz kepada beliau agar tidak ‘lena’, Ahmad Bashah memberitahu, beliau tidak berkecil hati atau marah dengan nasihat tersebut.
“Apa yang disebut ini saya ambil sebagai semangat, dalam politik memang begitu,” jelasnya.
Pada sidang akhbar berkenaan, Ahmad Bashah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Senator berkuat kuasa hari ini.
Katanya, surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri diserahkan hari ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala bagi jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Comments