Rungutan Adun PKR ibarat “budak merajuk tak dapat gula-gula”

Kami DAP Batu Kawan ingin merujuk kepada kenyataan Pemuda PKR yang menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai tidak matang kerana menggugurkan dua orang ADUN daripada agensi GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami rasa Pemuda PKR perlu memahami erti perkataan “kematangan” itu sendiri, sebelum berhujah tentang kematangan dalam politik.

Ke mana perginya “hujah” kematangan Pemuda PKR ini apabila, ADUN-ADUN PKR berkenaan berkecuali daripada mengundi usul yang dibawa oleh pembangkang di Pulau Pinang, Barisan Nasional. Adakah perbuatan ADUN-ADUN PKR yang dilihat sebagai satu tindakan yang sabotaj Kerajaan Negeri dengan meyokong ‘usaha Barisan Nasional’ untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang itu matang? Pernah pemuda PKR, ataupun Timbalan Presiden PKR pernah mengajar ‘kematangan’ kepada kesemua ADUN PKR yang membelot kepercayaan rakyat Pulau Pinang yang ingin sabotaj kerajaan negeri yang dianggotai PKR sendiri? Jika tidak, kedua-dua pihak ini tidak layak untuk bercakap tentang “kematangan” dalam isu pengguguran dua orang ADUN dari GLC Pulau Pinang.

Kami juga ingin tahu apa tindakan yang telah diambil oleh pimpinan PKR terhadap kesemua ADUN yang telah menghampakan rakyat Pulau Pinang dengan mengambil sikap berkecuali dalam usul yang dibawa oleh UMNO? Apakah tindakan tidak menyokong kerajaan yang diwakili oleh PKR sendiri dianggap sebagai satu perkara yang boleh diterima? ADUN-ADUN berkenaan mempunyai ruang yang secukupnya untuk menyuarakan pendapat mereka di peringkat parti dan pelbagai Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dianggotai oleh mereka. Tetapi, mereka pilih untuk menunjukkan ketidakpuasan mereka di dalam Dewan Undangan Negeri, dengan berkecuali dalam usul yang dibawa oleh UMNO. Apakah tindakan itu matang? Boleh Pemuda PKR jawab soalan tersebut sebelum menuduh tindakan Ketua Menteri sebagai tindakan tidak matang.

Apa yang tidak matang lagi ialah, tindakan merungut ini oleh ADUN-ADUN berkenaan dan beberapa orang parti sendiri. Kalau tidak mahu menyokong kerajaan negeri pada masa yang diperlukan, kenapa mahukan jawatan dalam agensi Kerajaan Negeri yang mereka tidak sokong itu? Merajuk dan merungut kepada Kerajaan Negeri yang mereka tidak sokong adalah, bukan sahaja tindakan tidak matang, malah boleh dikatakan sebagai tindakan kebudak-budakan. Rungutan sebegini hanya boleh diibaratkan sebagai “budak-budak yang merajuk tak dapat gula-gula”. Apa yang tidak matang lagi ialah, ADUN pergi ke Dewan Undangan Negeri dan menangis bagaikan Kerajaan Negeri menindas sesuatu kawasan itu, apabila isu-isu yang dibawa adalah isu remeh temeh yang boleh diselesaikan dalam peringkat JKKK atau Majlis Perbandaran sahaja. Perkara tidak matang seperti itulah yang dijadikan modal oleh Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk menyerang Pakatan Harapan.

Kami berharap, sebelum menyoal, menyelar Ketua Menteri Lim Guan Eng, Pemuda PKR harus mengajukan soalan kepada kepimpinan mereka tentang kematangan politik. Sebelum bersyarah tentang kematangan politik, Pemuda PKR harus mencadangkan kepimpinan mereka untuk membimbing ADUN-ADUN PKR di Pulau Pinang untuk berkhidmat lebih efektif.
Kenyataan media oleh Setiausaha DAP Batu Kawan, Satees Muniandy dan Setiausaha Organisasi DAP Batu Kawan, David Marshel

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana