PIHAK PEMBANGKANG YANG BESAR KEPALA DAN TIDAK MENGHORMATI PERJANJIAN JIKA BERKUASA

Susulan daripada Kerajaan Negeri Sarawak tidak membenarkan Ketua Wanita PKR dan Naib Presiden PKR memasuki Sarawak. Berita hangat kini Zuraida Kamaruddin berani membuat kenyataan yang bercanggah dengan Perjanjian Perkara 18 Sarawak dalam imigresen.

Jelas sekali pihak pembangkang khususnya dari PKR tidak menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia. Pembangkang perlu sedar bahawa Perjanjian Malaysia yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, adalah syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Ini adalah kenyataan Zuraida Kamaruddin berhubung isu ini;

" Saya tidak faham kenapa terdapat undang-undang menghalang mana-mana warganegara Malaysia bergerak dalam negara sendiri".

Zuraida berharap apabila PEMBANGKANG mengambil alih kerajaan, parti akan memastikan tindakan untuk mengubah undang-undang berkenaan dilaksanakan serta merta kerana tidak adil kepada rakyat Malaysia.

Zuraida jangan jadi buta sejarah. Perjanjian yang telah dimeterai perlulah dipatuhi kerana ianya adalah sebahagian daripada syarat-syarat pembentukan Malaysia. Lagi pun Zuraida ni pun bukannya orang Malaysia, tapi beria-ia nak ubah itu dan ini. Nampak sangat gila kuasa dan bertindak sesuka hati kalau diberi kuasa.

Hakikatnya ini lah dunia pembangkang kalau mereka berkuasa. Belum lagi nak memerintah dan nak ubah itu dan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana