Pesuruhjaya Tinggi Malaysia jawab laporan Financial Times

Datuk Seri Najib Razak yang memegang tampuk pemerintahan sejak tahun 2009, membawa pelbagai perubahan positif dan faedah bagi memakmurkan negara.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) dan Ireland Utara, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi (gambar) berkata banyak contoh kejayaan yang boleh dilihat sepanjang Najib memegang jawatan Perdana Menteri, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang meningkat sebanyak 47.7 peratus.

"Sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan dan pelaburan swasta dalam negara meningkat tiga kali ganda sejak wujudnya Program Transformasi Ekonomi negara pada tahun 2010. Malah, kadar pengangguran menurun tiga peratus daripada 3.7 peratus pada tahun 2009 dan kadar kemiskinan turut menurun.

"Di peringkat antarabangsa, hubungan dengan China dan Amerika Syarikat (AS) amat kukuh dan Presiden AS, Barack Obama, baru-baru ini menyifatkan Malaysia sebagai suara kritikal memerangi keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada akhbar Financial Times (FT) yang disiarkan di laman web portal berita ekonomi itu malam tadi.

Kenyataan itu bagi menjawab artikel yang disiarkan FT bertajuk 'The threat Najib poses to Malaysia's reputation' siaran 28 Januari lalu yang disifatkan sebagai serangan terhadap Perdana Menteri.

Ahmad Rasidi berkata, ramai rakyat Malaysia bingung dengan laporan yang disiarkan oleh FT itu berhubung rekod kepemimpinan Perdana Menteri dan menyifatkan pemerintahannya sebagai bencana.

"Saya tahu FT menetapkan kelayakan yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin dan jika pencapaian dipamerkan oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai bencana, apa pula dimaksudkan penulis anda (FT) untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana