Penulis pojok akhbar Cina perlekeh hujah dangkal Wan Azizah mengenai TPPA

Setepek di muka... tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan alasan dangkal bagi menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menerima kecaman hebat daripada penulis pojok akhbar Sin Chew Daily.
Dalam tulisan bertarikh 29 Januari, penulis Tay Ting Hian menganggap tindakan Wan Azizah menyamakan TPPA dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang membolehkan British campur tangan dalam hal ehwal negara ini adalah hasil daripada sumber pemikiran yang agak lemah.

Tulisannya yang bertajuk‘Negara akan tergadai: Perbandingan yang tiada kena mengena’ disiarkan dalam ruangan Yan Lu halaman 29 akhbar tersebut.

Menurutnya, perkara hampir sama berlaku ketika bekas pemimpin China, mendiang Zhu Ronji mencadangkan negara itu menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2001.

Orang yang membantah ketika itu berkata, jika China menyertai WTO, negara berkenaan akan menggadai maruahnya sama seperti ketika pemerintah terdahulu menandatangani Perjanjian Nanking 1842 dengan British.

Perjanjian yang ditandatangani setelah China kalah perang, menyaksikan negara itu terpaksa membayar 21 juta ketul jongkong perak dan menyerahkan Hong Kong kepada penjajah itu. Perjanjian Nanking telah mengaibkan bangsa China selama 100 tahun.

Bayangkan jika China mendengar hujah mereka yang membantah dan tidak menyertai WTO. Sudah pasti sistem ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan China tidak berubah dan negara itu tentu tidak dapat memperluaskan aktiviti perdagangan di seluruh dunia.

Sudah pasti juga kerenah birokrasi di China tidak dapat diubah dan negara itu tidak dapat melakukan pelbagai inovasi bagi menghasilkan bermacam jenis barangan untuk dijual secara meluas.

Dakwaan menyertai WTO seperti menandatangani Perjanjian Nanking 2.0 ternyata tidak benar. Sejak menyertai pertubuhan itu, ekonomi China tumbuh dengan pesat pada kadar 10 peratus setahun sehingga menjadikannya kuasa ekonomi dunia kedua terbesar.

Kembali kepada perjanjian TPPA, penulis tidak bersetuju apabila pihak pembangkang menyamakannya dengan Perjanjian Pangkor.

Hujah sedemikian memang boleh menaikkan semangat pejuang bangsa Melayu yang sudah tentu tidak mahu ketuanan kaum itu dicabar buat kali kedua selepas Perjanjian Pangkor.

Langkah pihak pembangkang menyamakan TPPA dengan Perjanjian Pangkor adalah tidak sepatutnya dibuat kerana kedua-duanya tiada sebarang kaitan dan melibatkan isu yang berbeza.

Tindakan berkenaan hanya menjadi bahan ketawa dan jika ramai ahli Parlimen terpengaruh dengan hujah pihak pembangkang ketika mengundi di Dewan Rakyat, sudah pasti mereka akan tersilap membuat keputusan.

TPPA membabitkan perbagai negara yang bertujuan untuk saling membuka pasaran bukan seperti Perjanjian Nanking dan Perjanjian Pangkor yang melibatkan hanya dua pihak. TPPA juga tidak melibatkan soal campur tangan politik dan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di negara-negara ahli sebaliknya hanya untuk memudahkan perdagangan di peringkat antarabangsa.

Langkah itu selaras dengan saranan pakar ekonomi kurun ke-18, Adam Smith yang mengemukakan teori ekonomi pasaran bebas yang telah terbukti berjaya meningkatkan kekayaan semua pihak.

Mungkin Wan Azizah telah dipengaruhi oleh orang bawahannya sehingga menyebabkan hujah yang diberikan beliau terkeluar daripada landasan waktu dan menggunakan bahasa yang telah ketinggalan zaman.

Sebagai Ketua Pembangkang, beliau sekurang-kurangnya perlu ada ilmu dan pengalaman dalam soal ekonomi global dan bukan hanya membaca teks dibuat oleh orang bawahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana