Pengerusi Tabung Haji jawab tohmahan pembangkang

Semua orang tahu hobi Pakatan Pembangkang yang tak jenuh cipta isu menyerang kerajaan. Setelah banyak fitnah Pakatan melonglai, DAP cuba unjuk hebat main tembak peluru tabur ke arah Tabung Haji (TH) pula.
Peluru disasar bersepah asalkan kena. Tetapi bila mengena, ia sekadar bagi geli-geli sahaja. Niat nak rosakkan kredebiliti TH, kesudahannya sendiri yang termalu.

Asalnya dari surat Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendedahkan kononnya rizab TH negatif. Tak semena-mena Nga Kor Ming, DAP palu gendang desak TH diaudit. Ramai pemimpin dalam Pakatan sendiri kalut mendengar kepoh-kepoh DAP ni.

Tapi lawak DAP terus bersendirian dalam kekalutan tanpa sokongan rakan parti. Sebaliknya rakan parti bersemuka dengan pihak TH bagi mendapat penerangan sendiri.

Pada sidang media Khamis, pihak TH mengesahkan wakil-wakil PAS, PAN dan PKR ada datang menemui mereka bagi mendapatkan penjelasan dan memberi pandangan.

Pada sidang media itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Tan Sri Ismee Ismail berkata Tabung Haji telah mengambilkira pandangan semua pihak berkepentingan sebelum memutuskan pemberian dividen.

"Kita mengambilkira pandangan semua pihak termasuk Bank Negara Malaysia, dan baru-baru ini telah bertemu dengan wakil-wakil daripada PAS dan PAN di mana kita beri penjelasan serta mendengar pandangan mereka.

"Itulah sebabnya tahun ini kita tidak mengagihkan keseluruhan keuntungan kepada pendeposit. Kita simpan sedikit sebagai rizab berjumlah RM300 juta.

"Dengan rizab tahun ini dan yang kita ada, jumlah rizab kita sekarang dalam RM600 juta. Ini sebagai langkah awalan kita menerima pandangan-pandangan BNM dan lain-lain," katanya.

Menurut Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim, PAS datang kelmarin dan diwakili Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. PAN pula datang dua hari selepas itu. Katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pun turut serta.

Pada sidang media itu Azeez juga turut sanggah auta DAP dengan fakta.

Antaranya tohmahan DAP konon Tabung Haji simpan duit institusi.

"Itu tidak benar samasekali. Semua 8.85juta pemilik akaun adalah individu, rakyat Malaysia beragama Islam tanpa mengira kaum.

"DAP juga menuduh Tabung Haji tak jawab, lambat dan rugi. Sebenarnya tidak. Kita kena tunggu audit negara dulu di mana Tan Sri Amrin Buang sendiri telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini.

"Seperkara lagi, kita memang biasa buat pengumuman sama ada pada hujung Januari atau Februari. Sebenarnya kita tak lewat. Tapi ada orang cuba menakut-nakutkan pendeposit dan paksa mereka keluarkan duit. Sebenarnya kita boleh umumkan sehingga Mac tapi kita tak pernah buat begitu," katanya," katanya.

Azeez juga menyangkal pertanyaan seorang wartawan sama ada Tabung Haji dapat layanan khas dari Jabatan Audit Negaram

"Itu fitnah. Semuanya ikut proses. Ketua Pegawai Kewangan kami menyiapkan dan menyerahkan segala butiran mengikut prosedur," katanya.

Azeez menjelaskan sejak TH diwujudkan pada

1963 sehingga 2005, iaitu selama 43 tahun, keseluruhan bonus yang dibayar pada pendeposit adalah RM5.7 billion.

Katanya apabila Tan Sri Esmee Ismail menjadi CEO pada 2006 dalam tempoh 10 tahun (sehingga 2015), dividen yang dibayar kepada pendeposit adalah sebanyak RM18.3 billion.

"Perbezaan ini menjelaskan bahawa Tabung Haji tidak ada kerugian seperti didakwa. Ini semua fitnah.

"Tabung Haji telah mengeluarkan subsidi untuk sesiapa yang mengerjakan haji buat kali pertama. Pada 1973 hingga 2005 hanya RM 21juta subsidi dikeluarkan. Dari 2006 hingga 2015, iaitu jangkamasa 10 tahun subsidi yang TH keluarkan ialah RM815 juta.

"Macam mana Tabung Haji boleh bagi subsidi kalau ia tak ada unjuran keuntungan?," katanya.

Azeez berkata, Malaysia adalah negara yang mengenakan harga paling terendah dalam dunia untuk mengerjakan haji.

"Kita caj jemaah kali pertama RM9,980 berbanding Thailand RM23,925, Singapura RM39 Ribu, Indonesia RM19 Ribu, Filipina RM15 Ribu dan Brunei RM60 ribu.

"Kos kita tahun ini RM18,980 tapi kita masih caj RM9,980. Jadi kita masih bagi subsidi RM8,980 tahun ini. Jumlah RM160 juta subsidi untuk tahun ini," jelasnya lagi.

Mengenai lot tanah milik TH di Tun Razak Exchange (TRX), Azeez berkata Tabung Haji Properties telah diberikan mandat untuk menaikkan bangunan apartment di situ.

"Tanah tu masa kita beli dulu RM177.juta. Hari ini tanah itu ditawarkan sebanyak RM250 juta. Tapi apabila saya bawa perkara ini untuk dibahas ke parlimen, bukan sahaja pembangkang, tetapi BNbbc pun syorkan jangan jual sebab benda itu berharga. Tanah itu boleh dibangunkan sendiri.

"Tanah itu kalau jual hari ini, kita beli RM2,700 kaki persegi sekarang di pasarannya RM3,100 kaki persegi," jelasnya.

Azeez turut mengumumkan, pendeposit-pendeposit TH akan menerima dividen dan bonus mereka pada 10 Februari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana