Pengakuan Sirul Bukti Pembangkang Guna Taktik Politik Keji Jatuhkan Pemimpin

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Bekas Setiausaha Agung Pas Negeri Selangor, Norman Toha berkata video terkini Sirul Azhar Umar yang membuat pengakuan dan bersumpah bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak  langsung tidak terlibat dalam kes pembunuhan ini dan ianya merupakan cubaan pihak tertentu untuk mencemarkan imej Najib, merupakan satu lagi bukti bahawa dakwaan yang selama ini dibangkitkan oleh pembangkang terhadap Datuk Seri Najib adalah tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, pengakuan Sirul ini merupakan bukti kali kedua di mana bukti kali pertamanya ialah apabila perbicaraan mahkamah mendapati Datuk Seri Najib tidak ada kaitan dengan pembunuhan tersebut  sebelum ini.

“Pengakuan yang datang dari Sirul sendiri  merupakan satu lagi bukti yang jelas dan nyata bahawa segala  dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap Datuk Seri Najib merupakan tohmahan dan fitnah semata-mata.

SIRUL_AZHAR_UMAR“Dengan tersebarnya pengakuan Sirul ini, sudah cukup jelas untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib daripada dikaitkan dengan kes pembunuhan ini  di mana beliau telah terbukti sebenarnya tidak langsung terlibat dalam pembunuhan Altantuya itu,” jelasnya

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan corak dan pendekatan politik yang dibawa oleh pihak tertentu yang menurut beliau merupakan stail politik yang tidak membina sebaliknya menggunakan pendekatan politik kotor seperti ini boleh menghancurkan perpaduan, keharmonian dan keamanan di dalam negara ini.

“Saya merasa agak muyskil apabila melihatkan suasana politik di Malaysia ini semakin haru biru. Pendekatan politik yang digunakan bukanlah pendekatan politik yang membina tetapi untuk menghancurkan tamadun manusia yang dibina di Malaysia ini.

“Mereka juga akan menggunakan apa jua kaedah dan  pendekatan hingga ke peringkat sanggup menghancurkan sesebuah tamadun ataupun negara  asalkan matlamat politik peribadi dan kepartian mereka akan tercapai,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat supaya mempercayai institusi kerajaan seperti institusi kehakiman dan penguatkuasaan.

“Apabila ada sesuatu laporan jenayah yang dibuat, maka pihak polis akan buat siasatan. Kemudian hasil siasatan itu akan diberikan pihak pendakwaan iaitu peguam negara. Kalau ada prima facie maka ia kemudiannya akan dihadapkan ke penghakiman. Jadi proses ini adalah proses yang bertamadun. Dalam Islam pun diajar seperti itu.

“Tapi saya lihat ada segelintir rakyat di negara hari ini mengambil peranan untuk menghukum sesuatu kejadian tanpa mengikuti proses-proses perundangan yang sudah ditamadunkan di dalam peradaban manusia. Seolah-olah hukuman itu dia yang punya dan bukan kerajaan yang memerintah punya  atau institusi sesebuah negara.

“Sebab kalau kita memberikan sesuatu hukuman kepada sesuatu jenayah itu di atas tangan rakyat, maka akan hancurlah sesebuah tamadun di sesebuah negara itu. Tak kiralah ia berlaku di Malaysia ke, atau di sebuah negara yang bertamadun seperti di Amerika atau United Kingdom ke, jika kita serahkan hukuman di tangan rakyat, maka negara dan tamadun sesebuah bangsa itu akan hancur.

“Saya harapkan rakyat akan memberikan kepercayaan terhadap kredibiliti  institusi-institusi yang ada di negara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjaga dari segi kemasalahatan, kesejahteraan dan keamanan pentadbiran sesebuah negara itu,” jelasnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana