Pencarum perlu bijak nilai kemampuan Tabung Haji - Pakar Psikologi

PETALING JAYA: Meskipun Tabung Haji (TH) kini ditohmah dengan pelbagai persepsi yang kurang enak, pakar psikologi, Prof Madya Dr Mariani Md Nor hari ini menasihatkan masyarakat, khususnya pendeposit untuk bijak menilai kemampuan institusi berkenaan.

Ditemui Antarapos, beliau berpendapat golongan pendeposit yang 'termakan' dengan tohmahan pembangkang bahawa TH gagal menguruskan kewangannya dengan baik adalah mereka yang baru sahaja memulakan simpanan di institusi itu.

Malah, golongan itu mungkin menyimpan di TH untuk mendapatkan pulangan dividen yang tinggi dan bukannya membuka akaun di institusi itu untuk mengumpul wang bagi menunaikan rukun Islam kelima.

"Saya rasa pendeposit yang goyang itu adalah mereka yang baru setahun dua yang objektifnya mungkin untuk melabur duit dan dapat dividen. Jika betul tidak percaya (kemampuan TH), bawa keluar duit itu dan labur di bank. Lihat sama ada mereka boleh dapat dividen sebanyak mana diberikan oleh TH.

"Pada saya TH dah lakukan yang terbaik untuk masyakat kita. Saya sendiri pun melabur di TH, sudah berpuluh tahun. Tidak ada yang menyebabkan saya nak keluarkan duit itu semula," katanya.

Mariani Dekan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) berkata demikian mengulas kontroversi yang melanda TH bahawa kononnya badan berkanun itu mengamalkan pengagihan dividen melebihi tahap kemampuannya yang menyebabkan paras rizabnya semakin berkurangan.

Isu berkenaan dimainkan oleh pihak pembangkang selepas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengeluarkan surat amaran bersabit kedudukan kewangan TH.

Zeti turut dilaporkan menghantar surat secara berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada hari yang sama, dengan memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kepada kerajaan.

Bagaimanapun Zeti bertindak cepat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa TH sudah  mengambil langkah-langkah yang wajar untuk terus memantapkan amalan pengurusan risikonya atas inisiatif sendiri dan susulan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini.

Malah Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga mengesahkan bahawa keadaan kewangan Tabung Haji adalah kukuh.

Mariani dalam pada itu menegaskan mana-mana institusi tidak terlepas daripada masalah pengurusan kewangan, termasuklah TH.

"Apabila sudah marah, kemudian ada pula pihak yang suntik 'semangat' yang tidak elok, mudahlah mereka terima. Tetapi pada saya kerajaan tidak melihat ia sebagai masalah kerana ia hanya mainan politik dan masyarakat sendiri boleh lihat kesannya.

"Ini soal kepercayaan. Apabila kita sudah letakkan kepercayaan, dan TH sudah lakukan tugas dengan baik dan amanah dipegang di situ, maka kena beri sepenuh kepercayaan dengan bukti dan fakta, bukan persepsi," ujarnya lagi.

Untuk rekod, simpanan pendeposit TH adalah berdasarkan konsep Al-Wadi'ah Yad Dhamanah, iaitu simpanan yang dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Pemberian bonus adalah berdasarkan 'hibah' atau hadiah, iaitu prestasi kewangan tahunan semasa dan mengikut budi bicara TH.

TH baru-baru ini mengumumkan pemberian bonus tahunan pendeposit bagi 2015 sebanyak 5%, selain bonus khas haji sebanyak 3%.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana