Pencapaian Najib Razak: Angka dan Fakta Tidak Boleh Menipu

1) Untuk menilai seorang pemimpin, kita seharusnya melihat secara keseluruhan khususnya kejayaan polisi yang dilaksanakan sejak memegang portfolio tersebut sehingga hari ini dan perancangan masa hadapan sesebuah negara yang diperkenalkan pemimpin tersebut.

2) Adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak beretika untuk sebuah portal yang meletakkan diri mereka sebagai ‘sumber informasi kewangan, perbankan dan ekonomi Asia’ dengan menilai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebegai Menteri Kewangan ‘paling teruk’, hanya berdasarkan apa yang berlaku dalam tempoh 12 bulan dengan bersandarkan tuduhan-tuduhan tidak berasas, laporan berat sebelah media tertentu dan faktor ekonomi dunia yang lembab.

3) Sejak mula menjadi Menteri Kewangan, Najib telah membawa perubahan yang besar kepada ekonomi negara. Melalui beberapa program dan inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Malaysia telah mencatatkan beberapa peningkatan dari tahun 2009-2015, antaranya adalah:

a) Peningkatan GDP daripada RM528 billion kepada RM877 billion.

b) Ekonomi negara terus berkembang daripada 1.9% pada tahun 2009, kepada 6% pada tahun 2014 dan dalam keadaan ekonomi dunia yang lembab dan beberapa cabaran lain, Malaysia terus mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5-5.5% pada tahun 2015.

c) Kadar pengangguran turun daripada 4.5% kepada 3%, dan pada mada yang sama, sebanyak 1.8 juta pekerjaan baru diwujudkan.

d) Pendapatan perkapita meningkat daripada RM24,541 kepada RM33,572.

e) Defisit fiskal pula menurun daripada 6.7% kepada 3.2%.

4) Dalam artikel tersebut, jelas bahawa penulis sendiri menyedari bahawa Malaysia sedang mengalami cabaran ekonomi yang besar akibat daripada faktor luaran seperti kejatuhan harga petroleum dan kelembapan ekonomi China. Faktor luaran ini juga adalah sebab utama Moody membuat penilaian semula Malaysia daripada positif kepada stabil. Faktor-faktor ini berada di luar kawalan Malaysia atau Najib sendiri sebagai Menteri Kewangan. Jadi, adalah tidak adil untuk menilai prestasi beliau hanga berdasarkan faktor luaran ini.

5) Malaysia memperkenalkan GST pada April 2015 untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber petroleum. Langkah ini yang telah dirancang secara teliti dan rapi selama beberapa tahun sebelumnya ternyata telah menyelamatkan negara apabila harga minyak dunia benar-benar merudum pada penghujung tahun 2015 sehingga kini, iaitu sesuatu yang di luar jangkaan sama sekali.

6) Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak terutama pembangkang, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berani mengambil cabaran untuk memperkenalkan GST demi kebaikan negara walaupun terpaksa menerima impak negatif daripada sudut politik. Tidak ada pemimpin sebelum ini mengambil pendekatan seberani seperti itu.
Jika beliau bukan seorang Menteri yang bertanggungjawab, maka sudah tentu beliau mementingkan populariti politik melebihi ekonomi negara.

7) Walaupun dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia masih optimistik dengan sasaran pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5% pada tahun 2016. Malaysia pernah mencatatkan KDNK negatif 7% pada tahun 1998 ketika krisis ekonomi Asia. Jadi, jika Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.5% dalam keadaan ekonomi yang lembab ini, boleh dikatakan ekonomi Malaysia masih kukuh jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain.

8) Dalam keadaan ekonomi seperti hari ini, Malaysia dibawah pentadbiran Najib masih mampu untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Program bantuan seperti BR1M, biasiswa, subsidi, perumahan, pendidikan dan kesihatan diteruskan malah diperluaskan bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan-bantuan tersebut.

9) Malaysia juga telah menjalankan program rasionalisasi subsidi untuk memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh rakyat yang memerlukan. Melalui program ini, kerajaan dapat menjimatkan kerugian berbilion ringgit daripada ketirisan subsidi.

10) Isu 1MDB sengaja diperbesar-besarkan oleh pembangkang dan media asing. 1MDB sepatutnya mampu untuk menjadi satu lagi kejayaan buat Malaysia jika tidak diserang dan diberikan gambaran buruk oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sehingga hari ini, segala tuduhan negatif terhadap 1MDB masih gagal dibuktikan oleh mana-mana pihak. Siasatan masih dijalankan dan 1MDB memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana badan yang ingin menyiasat syarikat tersebut samada dari dalam atau luar negara.

11) Dalam penstrukturan semula bajet 2016, Najib selaku Menteri Kewangan telah membentangkan pelan penstrukturan bajet yang cukup baik berdasarkan 11 perkara. Pelan ini dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang dan bebanan kerajaan terus berkurangan akibat daripada kejatuhan harga minyak. Pelan penstrukturan ini menerima maklum balas yang positif daripada rakyat, media dan penganalisis ekonomi. Ini kerana bukan mudah bagi sesebuah kerajaan untuk mencari jalan terbaik bagi mengurangkan bebanan kerajaan tetapi dalam masa yang sama memastikan rakyat tidak terbeban.

12) Sebenarnya secara sedar atau tidak, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kualiti hidup rakyat Malaysia telah banyak berubah. Rakyat mampu berbelanja mewah untuk rumah, kenderaan, makanan dan pakaian. Jualan kereta import dan mewah meningkat, jualan hartanah yang berharga ratusan ribu hingga jutaan ringgit meningkat dan gedung-gedung beli belah serta restoran mewah sentiasa penuh pada hujung minggu. Syarikat-syarikat pemaju hartanah, pengeluar kenderaan, fesyen, kosmetik, peralatan rumah dan elektronik mencatat keuntungan sehingga puluhan juta ringgit setahun. Ini semua adalah hasil daripada kejayaan Najib memacu ekonomi Malaysia.

13) Apa yang mebimbangkan sekarang, Malaysia sedang menjadi sasaran beberapa pihak yang iri hati dengan kemajuan negara dibawah pentadbiran beliau dan mahu menukar pemimpin menerusi pendekatan tidak demokratik. Maka serangan demi serangan dari dalam dan luar negara sentiasa dilakukan oleh mereka. Pihak-pihak ini sentiasa mahu mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dari segi politik dan ekonomi.

Sebagai contoh, selepas Najib mengumumkan penstrukturan semula bajet yang mendapat respon positif disusuli dengan peningkatan tertinggi nilai ringgit dalam tempoh beberapa bulan, cerita-cerita buruk mengenai ekonomi Malaysia dan 1MDB yang senyap seketika, tiba-tiba muncul kembali.

14) Mengambil contoh Financeasia.com, pada tahun lepas dalam edisi artikel yang sama, telah memilih 12 Menteri-menteri Kewangan Asia sebagai Asia’s Finance Minister of The Year. Daripada senarai itu,,Najib berada tempat Ke-8. Pada tahun ini, Najib telah jatuh ke tempat ke 12, tetapi tajuk artikel telah ditukar berubah kepada Najib Razak: Asia’s Worst Finance Minister. Sedangkan terdapat 48 negara di Asia, timbul persoalan bagaimana di kedudukan Ke-12 menjadikan Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di benua ini? Adakah tajuk ini semata-mata mahu menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk ataupun FinanceAsia sengaja meletakkan tajuk yang hangat supaya rating laman web mereka boleh meningkat semula? (mengikut statistik, rangking Financeasia telah jatuh sebanyak 12,106 tangga sejak beberapa bulan lepas. Financeasia mempunyai ranking dunia ke 279,422).

15) Pada tahun lepas, Financeasia sendiri mengakui walaupun terdapat beberapa isu politik seperti 1MDB, secara amnya rekod Najib sebagai Menteri Kewangan adalah positif sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009. Dengan kejayaan mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan kebergantungan kerajaan pada eksport minyak. Mereka juga mengakui bahawa Najib meletakkan wang pada nilai yang penting seperti pembangunan infrastruktur dan sentiasa pro aktif dalam mencipta peluang ekonomi baru dan pekerjaan untuk rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana