Pembangkang Jangan Ludah Ke Langit… Cuba Ingat Langkah Kejam Kajang Di Selangor
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Ketua UMNO Bahagian Ampang , Datuk Ismail Kijo berkata, isu pertukaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang beralih kepada Datuk Seri Ahmad Bashah seperti yang berlaku pada hari ini amat-amat berbeza dengan senario yang berlaku ketika penukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilakukan oleh PKR pada tahun 2014 sebelum ini.
Jelas beliau, proses penukaran Menteri Besar Kedah, yang dilakukan oleh BN berjalan mengikut proses undang-undang tanpa perlu menyusahkan atau membazirkan wang rakyat di negeri tersebut dalam melaksanakan proses tersebut.
“Pembangkang jangan meludah ke langit… senario di Kedah ini amat berbeza dengan senario penukaran MB di Selangor satu ketika dulu. Jelas, penukaran MB Selangor yang dirancang oleh PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ketika itu ternyata lebih kejam dan menyusahkan rakyat sehingga terpaksa diadakan satu pilihanraya kecil yang sebenarnya tidak perlu. Malah untuk merealisasikan pilihanraya kecil tersebut, ADUN Kajang ketika itu telah diminta untuk meletakkan jawatan.
langkah kajang“Pilihanraya kecil tersebut ternyata satu pembaziran berjuta wang rakyat apabila Datin Seri Wan Azizah yang memenangi pilihanraya kecil tersebut akhirnya tidak pun dilantik sebagai Menteri Besar, sebaliknya diberikan kepada orang lain. Tidakkah ini merupakan satu pembaziran besar, memanipulasikan sistem pilihanraya negara serta menyusahkan rakyat?
“Jadi jelas di sini bagi saya, isu penukaran MB Kedah ini adalah satu perkara biasa dan pernah pun berlaku dalam pentadbiran BN sebelum ini, namun jika dibandingkan proses penukaran MB yang dilakukan oleh BN dengan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di Selangor, ternyata pembangkang di Selangor lebih kejam dan sanggup menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan politik pemimpin tertentu,” tegasnya.
Justeru itu kata beliau lagi, pembangkang tidak perlu menuding jari kepada UMNO dalam isu penukaran MB Kedah ini dengan pelbagai dakwaan yang tidak berlandaskan fakta sebenar, kerana apa yang dilakukan oleh pembangkang sendiri sebenarnya lebih teruk dengan membazirkan wang serta menyusahkan rakyat berbanding proses penukaran MB yang dilakukan oleh BN.
Sementara itu, katanya lagi, rakyat di Kedah tidak perlu bimbang dengan penukaran pucuk pimpinan negeri kerana beliau yakin bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah UMNO dan BN di Kedah akan terus bertambah kukuh.
“Ini disebabkan pada PRU yang lepas, Datuk Seri Ahmad Bashah merupakan pengerusi perhubungan negeri UMNO Kedah yang menerajui gerakan pilihanraya sehingga pentadbiran Kedah berjaya diambil alih semula oleh BN dalam PRU yang ke 13. Kepimpinan beliau ketika mengepalai jentera UMNO dan BN dalam pilihanraya ketika itu dilihat amat berkesan.
“Sepatutnya selepas BN berjaya merampas Kedah dari pentadbiran Pas, maka orang yang paling layak mengetuai kerajaan itu ialah Datuk Ahmad Bashah sendiri. Namun di sebabkan pimpinan pusat memikirkan untuk memberikan peluang kepada Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin muda yang diharap dapat menjadi ikon di Kedah, maka jawatan MB diberikan kepada beliau dan ianya dipersetujui oleh Datuk Seri Ahmad Bashah sendiri.
“Malangnya kepimpinan Mukhriz tidak mencapai KPI yang sangat diperlukan oleh BN untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang, maka akhirnya hampir semua Ketua UMNO Bahagian dan ADUN BN akhirnya terpaksa menyatakan rasa hilang kepercayaan terhadap beliau yang menjadi punca dan penyebab berlakunya penukaran MB di Kedah seperti yang dapat kita lihat hari ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments