PAS kawasan dakwa RM80,000 wang tabung parti lesap...

PAS Kelana Jaya membuat satu laporan polis terhadap bekas anggotanya berikutan kehilangan sejumlah wang daripada tabung simpanan parti itu.
Yang Dipertua PAS Kelana Jaya, Mohd Ghazali Daud berkata, mereka menyedari kehilangan wang berjumlah RM80,000 tersebut pada bulan Ogos lalu selepas penstrukturan semula PAS kawasan.

Menurutnya kehilangan berlaku apabila terdapat pengeluaran wang tanpa kebenaran dilakukan.

"Duit itu adalah wang tabung simpanan parti dan ia tidak boleh bertindak secara sesuka hati," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Jumaat.

Ogos lalu, seramai 18 orang Anggota Jawatan Kuasa (AJK) PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan serta merta bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kemudiannya menjadi parti Amanah Nasional (PAN).

Termasuk yang berbuat demikian ialah Timbalan Yang Dipertua Omar Ahmad, Naib Yang Dipertua Muzammil Hafiz dan tujuh orang Ketua  Cawangan.

Untuk rekod, Izham kini merupakan Pengerusi PAN Selangor.

Mohd Ghazali yang enggan mendedahkan identiti individu terbabit turut memaklumkan bahawa pimpinan PAS juga sebelum ini telah memanjangkan tuntutan sebanyak empat kali secara peribadi.

"Tetapi tiada sebarang respon dan maklum balas diterima daripada individu terbabit berhubung isu kehilangan wang tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak namun kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya.

Ghazali berkata, PAS Kelana Jaya hanya mahukan agar wang berkenaan dapat dikembalikan semula bagi memudahkan segala perancangan parti selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana