PAS akan hukum Husam Musa...Buat Apa lagi Orang Seperti Ini

Daripada anak kesayangan kini jadi anak terbuang... kisah sedih dalam politik bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Beliau sikit demi sedikit diketepikan oleh PAS Kelantan dan yang terbaru, ADUN Salor itu bakal dikenakan tindakan disiplin.

PAS sudah lama bersabar dengan Husam terutamanya selepas Husam secara terbuka menghadiri majlis Parti Amanah Negara (PAN) sedangkan semua orang tahu PAS tidak pernah bersetuju dengan parti yang diasaskan oleh Mohamad Sabu itu.

Keduanya, kesempatan yang diambil Husam sewaktu berucap pada majlis PAN diguna sebaiknya untuk mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka.

Terkini, Husam mendakwa perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti.

Melihatkan kepada perjalanan karier politik Husam, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberitahu, PAS mungkin akan mengambil tindakan ke atas Husam.

“Tindakan diambil kerana didakwa mengkritik secara terbuka isu hudud. Apa yang didakwa oleh Husam adalah tidak benar.

“Pas tidak menolak kemungkinan akan menegenakan tindakan ke atas Husam,” katanya dalam satu kenyataan.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan.

Menurut Husam, kedua-dua ‘orang kuat’ PAS itu gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana