PAN lebih diperlukan DAP berbanding PKR - bekas ahli DAP

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) lebih diperlukan DAP di Pulau Pinang berbanding PKR, kata bekas ahli DAP, Rahmad Ishak.

Ujarnya, PKR hanya bernilai dimata DAP hanya dengan kehadiran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru tidak hairanlah parti itu kini menjadi mangsa percaturan politik DAP di Pulau Pinang berkaitan pengguguran dua ADUNnya daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), hanya kerana tidak menyokong usul kerajaan negeri menebus guna tanah pinggir laut.

"Dalam isu ini, nampak sangat PKR akan berterusan menjadi mangsa pertikaian politik di Pulau Pinang terutama pentadbiran.

"Kalau PKR masih ada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim maka PKR menjadi pilihan utama tetapi nampaknya sekarang PAS pun dah tidak ada dalam Pakatan Harapan maka saya rasa DAP lebih memerlukan Parti Amanah Negara lebih daripada PKR di Pulau Pinang," katanya kepada Antarapos.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini berang dengan lima wakil rakyat PKR kerana tidak menyokong usul berkenaan tebus guna tanah pada sidang DUN, November lalu.

Beliau juga mengumumkan hilang kepercayaan terhadap mereka dan 20 Februari lalu, Guan Eng menzahirkannya dengan memecat ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada jawatan pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd dan ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng daripada jawatan pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Tindakan Guan Eng itu dibidas Timbalan Presiden PKR, Datuk Azmin Ali.

Bagaimanapun Guan Eng memulangkan paku buah keras kepada Azmin dengan mempersoalkan pernahkah beliau mencampuri urusan pentadbiran di Selangor?
   
Mengulas pertikaian dua tokoh politik itu, Rahmad yang juga Setiausaha Organiasasi Parti Alternatif Rakyat (PAP) berkata ia hanyalah sandiwara semata-mata.

"Kita nampak disini banyak sandiwara (antara Lim Guan Eng dan Azmin Ali). Betul ini masalah kerajaan negeri Pulau Pinang. Azmin pun ada hak untuk mempertahankan ADUN PKR di Pulau Pinang.

"Mungkin Azmin merasakan bahawa apa gunanya ada kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang diiktiraf oleh DAP tetapi buat keputusan (pecat dua ADUN PKR)," ujarnya.

Rahmad juga tidak menolak Azmin akan menjadi mangsa pembunuhan watak DAP selepas ini kerana berani membantah dan mempersoalkan keputusan yang dibuat partinya terutama berkaitan pentadbiran negeri.

"DAP ini kita tahu kalau ada perkara yang tidak menyebelahi mereka, mereka akan melakukan 'pembunuhan watak' terutamanya dari PKR untuk mempertahankan kedudukan mereka selaku kerajaan peneraju di Pulau Pinang.

"Saya tidak nampak Azmin ini cuba untuk menggugat kedudukan kerajaan negeri, apa yang disuarakan itu adalah lebih kepada perasaan tidak puas hati dengan tindakan terhadap dua ADUN PKR," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana