ORANG CINA PUN TAHU SI RAFIJI SOTONG NI KUAT MENIPU.!!

Rafizi dicabar keluarkan wang simpanan – Datuk Huan

Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, hal ini kerana dakwaan dan tuduhan yang dibuat telah memberi gambaran negatif terhadap keseluruhan organisasi itu sekali gus memberi implikasi buruk kepada ekonomi dan pentadbiran negara.

Katanya, tindakan tersebut juga dilihat mampu mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi yang bertanggungjawab mengurus dan menjalankan urusan haji kepada umat Islam di negara ini.

“Jangan bertindak bodoh dan melulu tanpa membuat siasatan terperinci yang boleh menyebabkan rugi. Hari ini kita tahu Tabung Haji merupakan antara institusi yang menerima kadar dividen tertinggi.

“Dia sendiri mempunyai simpanan di antara RM400,000 sehingga RM500,000 dalam akaun dan memperoleh dividen hampir RM25,000. Tetapi dalam masa yang sama, melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah. Ini sesuatu yang memalukan dan saya yakin dia tidak akan mengeluarkan duit tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari.

Tabung Haji menerima kritikan daripada pelbagai pihak selepas tersebar surat dari Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan liabiliti dan kemerosotan hasil pelaburan institusi kewangan Islam itu.

Walau bagaimanapun, semalam, syarikat itu telah mengumumkan pemberian bonus bagi tahun kewangan 2015 pada kadar lapan peratus (lima peratus bonus dan tambahan tiga peratus bagi yang belum mengerjakan haji) kepada pendepositnya.

Dalam pada itu, Cheng Guan berkata, masyarakat perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang dijamin oleh kerajaan dan juga institusi lain yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kualiti perkhidmatan dan keuntungan dapat diberikan secara adil tanpa mengira latar belakang.

“Kita perlu bertindak lebih cerdik dan matang dalam membuat keputusan, bukanya terpengaruh dakwaan segelintir pihak terutama melalui media sosial,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana