NGO nafi PAS tidak dijemput sertai Himpunan #BebasAnwar

SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menafikan pihaknya tidak menjemput pemimpin PAS untuk menyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat, seperti yang didakwa parti itu.

Jurucakap Pro98 Reformis Malaysia, Dr. Badrulamin Bahron berkata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan ADUN Meru, Dr. Rani Osman dijemput menerusi aplikasi WhatsApp untuk menyertai himpunan itu.

Selasa lalu, Badrulamin memimpin himpunan di hadapan pintu Penjara Sungai Buloh sempena setahun bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan meliwat.

Ketidakhadiran walau seorang pemimpin PAS itu menibulkan tanda tanya sejauhmanakah tahap sokongan PAS hari ini terhadap Ketua Umum PKR itu.

"Kita jemput dua orang tokoh PAS, Nasruddin Tantawi (Ketua Penerangan PAS Pusat), Dr. Rani (YB Meru).

"Mereka tidak memberi komen apa-apa, hanya InshaAllah, Nasruddin kata dia hendak pergi ke luar negara dan kita minta dia namakan wakil PAS tapi tiada pula respon apa-apa," katanya.

"Dr. Rani pun tidak respon apa-apa, tetapi komunikasi kita sudah sampai melalui aplikasi whatsapp, sudah sampai, dibaca tetapi tidak ada respon apa-apa," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini memberitahu Antarapos, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan rasmi bersabit himpunan itu.

Sebaliknya kata Takiyuddin, parti itu dimaklumkan mengenai himpunan berkenaan pada saat akhir hanya menerusi media sosial.

Alasan Takiyuddin itu bagaimanapun ditolak Badrulamin.

"Kalau tanya saya, ini program, program rakyat, ini matlamatnya adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah ikon perjuangan rakyat.

"Kalau sayalah, walaupun tidak dijemput, saya akan beri komitmen, saya terlibat dengan program politik, program parti disebabkan Anwar tetapi macam mana pun PAS berhak mengatakan dia tidak dijemput ke apa ke, cuma saya hendak menjawab kita menjemput dua orang iaitu Nasruddin dan Rani," soalnya.

Himpunan yang disertai hampir 1000 orang itu turut dihadiri pemimpin PKR seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Naib Presiden) dan Shamsul Iskandar Mat Akin (Ahli Parlimen Bukit Katil).

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana