Najib di Kedah... biduk lalu kiambang bertaut

Hari ini Jumaat, Perdana menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri najib Razak mengadakan lawatan sehari di negeri Jelapang Padi iaitu Kedah. Dalam jadualnya beliau akan melawat sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Lunas, kemudian sembayang jumaat di Permatang Gedong dan akhir sekali merasmikan Bangunan UTC Sungai Petani.
Sudah pasti kehadiran Najib ini memberikan semangat kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang baru semalam mengangkat sumpah jawatan.

Hu ha mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah berlalu, ketika ini semua tenaga ditumpukan untuk menyatukan kembali rakyat negeri Kedah.

Seperti kata pepatah 'biduk lalu kiambang bertaut'.

Pagi Khamis, ketika enak menjamah sarapan kuih kegemarannya, tepung bungkus bersama kopi untuk bersarapan, Ahmad Bashah menerima panggilan daripada Najib yang juga sahabat lamanya dalam dunia politik.

Daripada riak wajah dan lenggok bahasa digunakan, kedua-duanya jelas akrab dengan beliau sesekali tersenyum dalam bicara bersama bosnya itu.

“Bos telefon, beliau bagi ama­nat supaya pikul amanah dengan baik selain bertanyakan mengenai persiapan angkat sumpah pagi ini,” katanya kepada wakil media yang turut berada di rumahnya sejak awal pagi.

Utusan melaporkan kira-kira 15 minit kemudian iaitu pada pukul 8.30 pagi, beliau mula bergerak ke Istana Anak Bukit untuk istiadat bersejarah itu.

Tepat pukul 10 pagi, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, beliau sah mengangkat sumpah selaku Menteri Besar ke-12.

Dan tidak sampai sejam selepas itu, beliau sudah pun memulakan tugas pertamanya iaitu mengi­ringi Tunku Sallehuddin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Balai Penghadapan Baharu istana tersebut.

Selesai saja istiadat berkenaan dan mengiringi keberangkatan pulang Jemaah Pemangku Sultan, beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Besar.

Kemudiannya, beliau bersama isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad buat pertama kali menaiki kereta rasmi Menteri Besar bernombor plat 'KCX 8' menuju ke pusara ibu Ahmad Bashah, Che Liah Hassan serta kakak sulung­nya, Siti Balkhies Md. Hanipah di Tanah Perkuburan Islam al-Bukhari, Alor Malai di sini.

Di situ, bacaan doa selamat dan tahlil ringkas dilakukan. Ketika itu, air mata Ahmad Bashah dan isterinya mula bergenang dan tumpah menyebabkan mereka yang hadir berasa pilu.

Pada sebelah malamnya bacaan yassin dan tahlil diadakan di rumah Ahmad Bashah, ratusan yang hadir meraikan MB baru itu... politik Kedah dijangka lebih stabil dengan kehadiran Ahmad Bashah selaku MB yang mempunyai sokongan daripada pimpinan parti yang memerintah di negeri tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana