Najib Bukan Suspek Siasatan AS$4b - Peguam Negara Swiss...habis selama ini dicanang oleh geng PR bahawa Najib dituduh teruk

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan suspek dalam siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan AS$4 bilion, kata Pejabat Peguam Negara di Switzerland.

"Dalam prosiding jenayah yang sedang dijalankan oleh OAG (Pejabat Peguam Negara), Mr Najib Razak bukan salah seorang daripada pegawai awam di bawah tuduhan itu," kata jurucakap OAG, Andre Marty kepada Nikkei Asian Review.

Tambah Marty, frasa "individu tidak diketahui" di dalam undang-undang Switzerland merujuk kepada prosiding jenayah di mana terdapat syak munasabah bahawa satu kesalahan telah dilakukan, tetapi tertuduh tidak diketahui.

OAG memulakan prosiding jenayah pada Ogos lalu terhadap dua bekas pegawai 1MDB serta "seorang individu tidak diketahui".

Minggu lalu, Ketua pendakwa raya Switzerland, Peguam Negara Michael Lauber berkata, beliau telah meminta Malaysia untuk membantu siasatannya terhadap kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, sambil mengatakan bahawa satu penyelewengan disyaki melibatkan AS$4 bilion.

Lauber berkata, permintaan itu adalah mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan sogokan pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan jenayah salah urus tadbir di 1MDB.

Kenyataan Lauber itu selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd dan dakwaan dana RM2.6 bilion.

Apandi kemudiannya memberi respons kepada Lauber dengan mengatakan bahawa pihaknya akan mengambil segala langkah perlu untuk membuat susulan dan bekerjasama dengan Switzerland dan berharap menerima hasil siasatan dan bahan daripada mereka menerusi saluran biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana