Muzakarah Dr Asri, Zamihan lebih 'molek' tertutup - Asyraf Wajdi

SHAH ALAM: Muzakarah yang bakal mempertemukan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin sewajarnya diadakan secara tertutup bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dan mudarat melibatkan orang awam yang mungkin sukar memahami dan menerima perbezaan antara dua fahaman yang ditegakkan oleh dua pemimpin agama itu.

Malah ujarnya lagi, kehadiran peserta pada program itu tidak perlu dibuka kepada orang ramai, sebaliknya hanya perlu dibuka kepada golongan ulama dan cendekiawan sahaja.

"Pandangan saya lebih molek program ini diadakan secara muzakarah mahabbah atau perbincangan harmoni secara tertutup.

"Polemik yang tercetus seolah-olah program ini bagaikan suatu pentas perdebatan untuk menentukan siapa juara hujah juga hanya akan mengelirukan bahkan memberikan gambaran tidak baik terhadap ulama dan Islam secara umumnya," katanya dalam satu kenyataan.

Debat tersebut yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Perbincangan' dianjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, dijangka diadakan pada 10 Februari ini, bertempat di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi surat jemputan yang dihantar kepada panel debat itu, ia menjelaskan objektif penganjurannya adalah untuk menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.

Ia juga bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.

Beliau berkata, perbezaan ideologi dan fikrah tidak akan mungkin dapat diselesaikan dalam satu majlis apatah lagi jika dilaksanakan secara terbuka.

"Lebih membimbangkan jika kalangan pengikut yang taksub, tidak mampu menerima pandangan berbeza atau bersetuju untuk tidak bersetuju.

"Sebab itulah bagi saya adalah lebih wajar forum seperti ini diadakan secara tertutup dengan dihadiri golongan ulama, ahli ilmu dan cendekiawan dengan harmoni dan penuh berlapang dada," katanya lagi.

Tambahnya, program wacana yang dirancang mestilah bersifat mendidik umat dan masyarakat untuk belajar memahami perbezaan yang ada dan bersedia bertoleransi menerima pandangan berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana